Masa mula-mula dia hubungi saya sekitar 2016 dulu,macam biasalah saya layan dia sama macam orang lain.
Saya pun tak nampak apa-apa keistimewaan lagi pada dia masa tu. Cuma nampak kegigihan seorang wanita yang cuba untuk mengubah nasib.
Dia pernah jual tudung. Cantik dia gayakan dengan anak perempuannya yang comel. Saya nak beli, tapi saya tak pakai tudung jenis tu sebab tak sesuai dengan muka + tak berapa pandai. Maklumlah pengguna tegar bawal kan.
Progress dia perlahan, tapi saya perasan sesuatu. Slow and steady gaiss..
Relaks je dia naik dari satu tangga ke satu tangga.
Bayangkan dengan meniaga tanpa modal, jadi dropship, agen, sampailah dia selesa naik jadi Superagen. Lepas tu naik lagi jadi stokis.
Lama juga rasanya dekat title stokis, baru jadi stokis premium. Relaks jadi stokis premium padahal restock macam stokis negeri. Fuh.
Memang mantaplah si Faz ni.
Apa sifat Faz yang susah nak jumpa kadang ialah dia sangat menghormati sesiapa sahaja guru atau orang lain.
Dia juga patuh dan tak banyak soal apa – apa yang kita ajar dan suruh buat. Dia tak ikut 100% tapi akan ejas ikut kesesuaian dia. Saya memang tak galakkan orang ikut 100% apa saya ajar sebab situasi setiap orang tak sama.
Faz ni juga banyak membantu keluarga, adik beradik, ibu bapa dan saudara mara.
Dengan suami lagilah kan. Siap dah boleh pergi bercuti mana – mana je bila nak, boleh beli apa yang disukai dan boleh buat simpanan.
Faz juga rajin turun padang jumpa dan coaching anak buah. Sebenarnya tahun ni pun banyak program dia nak buat tapi kita hanya merancang. Insyaallah nanti bolehlah buat bila semuanya dah kembali normal.
Alhamdulillah hari ni saya gembira sebab dia naik jadi Superstokis Negeri Melaka.
Superstokis Asmak yang pertama dari Melaka dulu, lama juga Melaka tak ada SN.
Akhirnya 2020 ada semula.
Tahniah Fazlina Kamarazaman atas pencapaian ini. 😍
Faz dah buktikan tiada alasan untuk berjaya walaupun bergelar surirumah berijazah, dan mempunyai 3 orang anak yang masih kecil.
Sokongan suami juga sangat membantu. Semoga menjadi pasangan yang bahagia dan terus berjaya dunia akhirat. Amin.