Baru semalam sampai rumah. Hari ni dah kena hantar 2 hero balik ke madrasah. Bulan 3 2019 nanti baru cuti.
Sebab itu sepanjang mereka ada saya tak masuk ofis.
Tapi sebenarnya sebelum ke China lagi saya tak berkesempatan masuk ofis.
Isnin ni memang pulunlah selesaikan kerja yang tertangguh.
Keseluruhan semuanya berjalan lancar. Saya tak masuk ofis pun bisnes jalan. Dah tak penting sangat kehadiran saya.
Alhamdulillah petanda yang bagus.
Team HQ dapat menjalankan peranan dengan baik. Saya hanya memantau apa yang perlu.
Asmak tak pernah terlepas dari keutamaan saya.
2019 ni benda-benda besar yang menanti.
Kebajikan para pengedar yang setia akan diutamakan.