Skip to main content
Keluarga

Tentang anak.

APA PATTERN YANG LAIN MACAM PADA KANAK-KANAK SEBENARNYA?
Awas,penulisan ini panjang. Tak mampu baca abaikan,jangan suruh lukis. Membaca amalan mulia.
Semalam kecoh tentang pendedahan seorang terapis tentang pattern kanak2 yang dirujuk dengan beliau sekarang.
Aku setuju je dengan pendapat dia walaupun ada yang tak. Takpelah,dia komen apa yang dia tahu je kan.
Rasanya sebagai ex guru yang sempat berada dalam bidang pendidikan selama 15 tahun,takkan aku tak layak nak ulas pasal ni kan,sebab kerja aku dulu pun mengadap budak2. Dan sebagai ibu kepada 6 orang anak dari umur 5 -19 tahun,aku juga punya pengalaman tersendiri.
Let’s go
1. Sebenarnya masa Syibi lahir 2019 dan tak lama tu PKP kan,aku selalu cakap dengan suami dan orang terdekat “ Syibi ni lain dari adik beradik dia yang lain.
2. Aku dah 6 orang anak,dari kecil pun aku dah boleh rasa kelainan tu. Suami dan anak2 lain pun selalu cakap “kenapa Syibi tak macam mereka dulu “. Dan aku akan cakap,tak apa kita tunggulah dia besar,nanti ok la tu.
3. Nak kata dia terlalu agresif ke atau nampak macam ciri2 anak istimewa pun tak la jugak. Lebih pada “kenakalan anak kecil “ yang taklah terlalu melampau contohnya cepat sangat sensitif,mudah tersentap,bila di rumah boleh behave lagi,jumpa je orang terus jadi attention seeker,suka menyorok dan macam2 lagilah yang anak2 lain boleh kata tak ada pulak macam tu.
4. Aku terus bagi perhatian lebih pada Syibi dan aku nampak kelebihan dia pun banyak,dan dia sebenarnya sangat matang berbanding usia,petah berkata-kata,caring dan banyak lagi.
5. Apa yang aku risaukan dia ada 4 orang abang dan kakak yang istimewa jadi sudah pasti aku terfikir adakah dia pun sama. Sebelum ni tak,tapi aku perasan dia suka copy paste perangai orang.
6. Atas dia anak perempuan aku yang ADHD,jadi aku perasan sejak tahun lepas Syibi dah mula mengikut perangai kakak dia walhal itu semua bukan perangai asal dia,tapi ada yang memang sama.
7. Untuk pengesahan,aku berjumpa dengan psikologist tempat aku biasa bawa anak dari dulu lagi. Selepas sesi penilaian tu,dia maklumkan ;
1. Ada ciri2 ADHD
2. Tapi boleh jadi ; memang ada atau terikut kakak atas dia
3. Dia masih kecil lagi jadi tunggu lagi 2-3 tahun untuk diagnosis semula
4. Boleh on Occupational Therapy dulu untuk bantu Syibi lebih awal sebab kalau bukan ADHD atau terikut,dia boleh jadi ok semula.
8. Maka aku pun dah on OT untuk Syibi bulan lepas,serentak dengan kakak dia,dengan 2 tempat dan 2 OT yang berbeza. Sebab apa kakak dia lambat? Sebab sebelum tu kakak dah on kat private centre swasta untuk murid khas dan cikgu di sana kata tak perlu EIP sebab dia kategori mild je. Dia sempat ke situ setahun lebih je lepas tu dia tak nak sebab ;
1. Dia rasa bosan sebab kena tunggu kawan lain yang lebih lambat
2. Dia rasa terganggu dengan kawan2 lain yang kategori mereka lebih “istimewa “ dari dia
3. Jadi aku biarkan dia unschooling dan homeschooling sebab banyak kelebihan termasuk boleh personalized untuk dia.
9. Tapi bulan lepas aku daftarkan juga untuk kakak Syibi sebab dia ada masalah dengan pengurusan diri dan emosi. Bukan aku tak boleh ajar,tapi faham2 je la kan dengan kita dia kurang serius. Satu lagi aku percaya OT ada kaedah tersendiri. Bagi aku OT ni satu bidang yang bagus iaitu dia membantu untuk menjadikan anak lebih baik dari banyak segi dan tak perlukan ubat pun.
10. Tentang pattern kanak2 sekarang,benda ni aku dah perasan masa mula mengajar lagi. Tahun demi tahun memang bertambah beza dan lain.
11. Macam2 kes berlaku sepanjang 15 tahun aku dalam bidang ni. Tak tercerita la semuanya. So aku cuba pendekkan dalam point seterusnya ye
12. Kita bercakap tentang pattern,dan kita berikan banyak punca @ faktor terjadi. Tapi ramai masih tak dapat terima antara faktor terbesar .Bagi aku faktor terbesar ialah vaksin. Senang je aku pendekkan. Tapi jangan risau,aku akan share juga faktor2 lain.
Jom kita kupas
1. Sejak vaksin diperkenalkan dari zaman nenek moyang kita dulu,pengambilannya dah berjaya mengubah DNA atau senang cerita genetik.
2. Generasi demi generasi genetik dah semakin berubah. Sampailah dekat kita dah mula keluar benda pelik2. Maka wujudlah SLD, ASD (autisme),ADHD dan macam2 lagi. Belum lagi yang cacat fizikal,itu cerita lain. Kali ni kita sentuh yang ada isu neurodiversiti dulu.
3. Jadi benda ni bukan kita cucuk anak masa baby dulu terus jadi. Sebenarnya banyak kes bila diperhatikan ada pada ibu bapa atau generasi atas mereka cuma ianya sangat halus susah nak nampak. Tapi kalau perhati pada ibu bapa memang lebih senang nampak.
4. Cuma bila dari level atas ke bawah tu,yang paling teruk yang paling bawahlah iaitu anak2 kita. Sebab genetik mereka lah paling teruk terjejas. Mereka yang paling ketara terkesan. Tambahan dose demi dose bertambah,bahan2 bahaya,kotor,dan memudaratkan pun dipertingkatkan,maka memang lagi teruklah anak2 kita.
5. Adalah tidak adil ibu bapa rasa terbeban dengan anak macam ni sebab mereka pun sama mangsa keadaan,sama seperti kita.
6. Damage is done, jadi masanya untuk bantu anak2 ini menjadi lebih baik berbanding membiarkan mereka hidup tanpa arah.
Ok,selesai tentang faktor terbesar yang aku nampak. Kembali kepada point utama
13. Aku setuju pendapat terapis tu ramai ibu bapa hari ini in denial,tak nak akui masalah anak mereka dan paling teruk yang langsung tak nak ambil tahu. Tahu buat anak je. Aku pulak yang geram.
Kalau setakat bagi makan dan pakai tu lembu pun pandai jaga anak. Jadi janganlah jadi macam lembu sebab kita ni manusia.
14. Kita ke faktor lain pula. Ramai ingat bila antivaksin highlight faktor vaksin ni kami tak terima faktor lain. Salah tu. Kami akui je faktor2 lain,cuma kami highlight vaksin sebab tak ramai nak akui benda ni. Yang tak nak akui kesan vaksin korang2 juga (terkecuali yang akui )
Faktor2 lain ialah ;
1. Selepas lahir,anak2 diberikan pula ubat-ubatan untuk sakit remeh temeh seperti demam,selesema dan batuk. Yang mana sebenarnya boleh ikhtiar cara alternatif dan alami je.
Jadi anak2 ni dari kecik dah ambik terlalu banyak drug. Drug yang sikit pun kadang dapat beri kesan,inikan pula kalau banyak kan. Banyak sangat dah toksin dalam badan tu,dan akan terus effect pada perkembangan anak.
So sejak sedekad yang lalu aku memang dah stop ubat2 moden untuk anak2 aku setakat untuk masalah2 yang aku boleh settle kan dengan cara alternatif.
2. Pemakanan
Dahlah cucuk anak,bagi ubat bagai,bagi pulak makan bukan2. Makanan tinggi gula,makanan proses dan ditambah sekarang pelbagai makanan2 dan minuman viral,maka trigger la masalah yang sedia ada. Pemakanan yang salah memburukkan lagi keadaan.
Masalah demi masalah akan timbul. Pengambilan gula putih sahaja boleh menyebabkan hampir 100 masalah,belum lagi yang lain.
Sebab tu kat rumah ni gula putih dah bertahun2 tak ada aku guna stevia aku sendiri.
3. Persekitaran
Persekitaran kita pun dah tercemar. Sumber air bukan sahaja ada klorin tapi juga fluoride. Korang search la “fluoride” kat butang search fb aku dan baca sana komen2 dalam post tentang isu ni.
Chemtrail lagi.
5G lagi dan pelbagai radiasi yang berbahaya.
4. Support sistem dan pengaruh rakan sebaya dan sekeliling
Pengaruh dari orang terdekat akan mempengaruhi anak. Salah kejiranan,rosaklah anak. Salah berkawan,buruk padahnya.
5. Penggunaan gajet berlebihan
Ini pun memburukkan keadaan juga. Zaman sekarang nak elak terus pun mencabar jadi kalau nak bagi juga biarlah terkawal dan jangan sampai ketagih. Kalau mampu tak bagi langsung lagi baik.
6. Sistem pendidikan caca marba
Aku tak tahulah sistem pendidikan kat Malaysia ni halatuju dia macam mana. Dari zaman aku jadi cikgu sampai dah berhenti makin teruk je la. Aku kan masih berhubung dengan kawan2 cikgu dan masih terlibat dengan NGO yang melibatkan warga pendidikan,jadi aku tahu benda ni makin membarah.
Diorang sebenarnya nak melahirkan siapa atau apa?
Kemampuan berfikir anak2 semakin rendah tapi silibus semakin susah ? Ini dah kena kupas lain ni. InsyaAllah next time aku story.
Belum lagi bab ajar agama kulit je,isi tak sentuh. Kulit pun diorang tak boleh nak hadam. Adeh. Rosak ..rosak..
6. Ada lagi faktor2 lain,tapi kecil sahaja. Yang besar2 aku dah tulis di atas.
15. Jadi berbalik pada topik asal,apa solusi untuk mak2 dan ayah2 yang nak pantau anak ?
1. Tolong ambil tahu tentang ciri2 anak istimewa
2. Jangan nak diagnose sendiri.
Nampak je lain macam dan ada ciri2 anda ada 2 pilihan ;
– pergi ke KK bagitahu doc perasan kelainan pada anak dan mohon pemeriksaan lanjutan. Nanti dia akan berikan appointment untuk berjumpa pakar.
Atau
– kalau nak cepat pergi ke swasta lebih cepat. Aku boleh rekemen tempat aku bawa semua anak2 untuk check sebab tempat ni memang bagus.
3. Teruskan support anak2 macam ni sebab mereka perlu difahami,bukan dimarahi.
4. Nanti anda akan mengenali anak dengan lebih mendalam dan ia akan bantu anda membantu mereka menjalani hidup dengan lebih baik.
5. Teruskan pemantauan dan membimbing mereka mengikut cara mereka.
6. Ye tahu,tak mudah dan penat,aku dah lalui bertahun2. Orang mungkin tak tahu kenapa aku pindah KL 6 tahun lepas. Faktor terbesar demi anak. Sebab di sini banyak kemudahan. Aku jenis tak suka pergi gomen sebab lambat jadi aku banyak ke swasta. Sediakan duit je la.
Duit tak datang dari langit. Syukur Allah bagi aku bisnes yang baik. Sambil tolong orang sambil dapat berkongsi rezeki dengan anak2 dan mereka2 yang terus bersama aku. Aku jarang nak cerita hal bisnes jadi kalau nak tahu yang tu kena cerita lain sebab bukan itu tujuan aku pada hari ini.
Aku post dulu nanti aku edit balik post ni mana yang terkurang atau aku buat je post lain. Korang yang baca sampai habis memang ohsem la. Hehe
Kesimpulannya ; Faktor2 di atas terutamanya faktor terbesar dah merosakkan “pineal gland” anak2 kita. Benda ni kalau rosak memang macam yang kita dapat tengok sekaranglah. Generasi sekarang perangai pelik2 dan tak ada common sense sebab memang diorang serang pineal gland supaya jadi macam tu. Kerosakan dah buat,janganlah ditambah. Apa pilihan yang ada? Elakkan mana2 yang boleh dan rawatlah dengan cara alternatif,alami dan tidak berbahaya atau tidak memberi kesan sampingan buruk.
Sekian.
Disclaimer ; Apa yang aku tulis sekadar pandangan,pendapat berdasarkan pengalaman dan pengetahuan sendiri,tak semestinya betul 100%.
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam
11hb Mei 2024

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply