Tentang hijrah – sebelum segalanya bermula
1. Saat paling terawal yang aku masih ingat,bila pada suatu hari,atuk,nenek dan mak bawa aku ke sebuah rumah dan bagitahu begini pada aku “ inilah ayah awak “..dan lelaki itu bagi permainan dan ajak aku bermain dengan dia.
2. Aku tak ingat berapa umur aku waktu itu,tapi rasanya memang sekitar 3-5 tahun kot. Waktu itu di Jengka,kerana orang tua aku adalah peneroka di sana,manakala Bentong ini rumah arwah atok dan nenek – peneroka Felda pertama di dunia. Senang cerita aku adalah anak merangkap cucu Felda. Betapa Feldanya aku kan. Hehe
3. Aku sebenarnya dah biasa hidup berhijrah sana sini sejak kecil lagi.
4. Aku rasa hijrah pertama ialah selepas aku lahir,kemungkinan selepas duduk di Jengka sekejap,mak bawa aku ke Bentong dan kembali semula ke Jengka selepas satu tempoh.
5. Hijrah kedua pula ketika darjah 3 mak bawa balik ke Bentong kembali dan bermulalah aku belajar di sekolah kat kampung pula.Dapatlah kawan-kawan baru di kampung. Masa ni la aku paling rapat dengan arwah nenek. Sebab mak sibuk cari rezeki kerja kedai makan turun awal pagi sampai ke petang. Aku banyak berbual dengan nenek dan selalu bantu dia apa yang boleh. Nenek garang tapi dia jarang marah aku sebab aku jenis tak buat perangai sangat.
6. Baru je mencari rentak sekolah kat kampung,masa pertengahan darjah 4 macam tu mak bawa balik ke Jengka semula. Aku diletakkan di kelas belakang sekali,iaitu kelas kelima. Tapi aku sejenis yang ok je,boleh masuk dengan semua. Maka di kelas itu jadilah aku yang selalu dapat no 1. Hehe
7. Di sekolah aku macam bola,darjah 5 aku diletakkan di kelas yang tak tahu nak kata macam mana,dia macam kumpul budak berpotensi la kiranya. Gitu. Masa darjah 6 pula dapat kelas kedua dari 5 kelas. Lepas tu dalam masa beberapa minggu dipindahkan ke kelas pertama pula. Pening aku masa tu. Hahaha.
8. Maka bermulalah persaingan dalam kelas tersebut. Sejenis aku kalau dah buat sesuatu akan buat betul2. Berjayalah juga jadi top 3 dalam kelas. Dapat kawan2 baru. Bila pandai insyaAllah ramai nak kawan dengan kau. Hahaha.
9. Kehidupan aku di Jengka tak tahu nak kata macam mana. Sunyilah juga kan sebab duk ceruk hutan macam tu. Nasib baik hobi aku dari kecil membaca buku. Aku boleh ralit baca buku dari siang sampai ke malam. Jadi terisilah juga masa aku di sana.
10. Selebihnya aku hidup cara kampung macam orang lain. Boleh tahan aktif juga aku ni. Masa lahir dulu kulit aku bukanlah gelap sangat aku tengok,tapi mungkin sebab sejenis kuat main panas,jadi makin gelap kulit. Budak kampung kan,mana kisah semua ni.
11. Petang-petang bermain dengan kawan2 sekejap,lepas tu pergi mengaji,balik rumah tu biasanya sebelum 9.30pm dah tidur,memang bawah pukul 10 la.
12. Sabtu Ahad bila cuti memang seronoklah sebab boleh mandi sungai lama sikit,jalan2 dalam ladang getah dengan kawan2,tangkap ikan,main tanah liat,main macam2 permainan tradisional dan macam2 lagilah. Sebab tu bila tengok orang post aktiviti budak2 zaman dulu memang mengimbau kenangan betul,sebab boleh kata semua tu aku sempat merasa.
13. Masa berlalu,aku pun ke sekolah menengah. Tak silap aku ada juga memohon sekolah berasrama,walaupun rasa tak kuat nak pergi. Aku tak dapat,tapi aku taklah sedih juga. Sebab aku rasa tak kuat nak duk asrama. Naluri aku lebih selesa sekolah di Felda Jengka je.
14. Tinggallah kami beberapa orang di sekolah tersebut,yang lain masuk asrama. Tingkatan 1- 3 aku di situ.
15. Memandangkan dulu aku pernah duduk dengan nenek masa kecil,semasa aku berumur 12-13 tahun,nenek jatuh sakit dan pernah duduk dengan kami di Jengka sekejap. Selepas dia balik semula dia masih sakit dan kami sempat melawat dia. Tersiksa aku tengok dia berjuang dengan penyakit kanser. Akhirnya nenek meninggalkan aku ketika berumur 13 tahun. Ya Allah sedih gila aku agak lama,sebab nenek ni dah macam mak aku,aku lebih rapat dengan dia😭.
16. Kehilangan nenek memang memberi impak juga pada aku. Aku rasa kehilangan tempat bermanja dan bercerita,sebab hubungan aku dengan mak biasa je. Maybe mak sibuk bekerja dan tak rapat dengan aku.
Aku pun tak ingat kalau aku ada sembang dengan mak😂
17. Masa berjalan. Suatu hari ketika aku menjawab peperiksaan kertas akhir PMR waktu tingkatan 3,aku rasa lain macam. Tak tahu nak kata,sesuatu yang tak dapat diluahkan. Rupanya arwah atuk aku meninggal akibat masalah jantung. Hmmm. Sedih jugalah. Cuma tak sesedih semasa kehilangan nenek dulu sebab dengan atuk aku tak rapat sangat,biasa je. Tapi terasa juga sebab dia selalu juga bawa aku naik motor pusing-pusing kampung.
18. Baru je aku rasa seronok sekolah di Jengka dengan kawan-kawan,tiba-tiba mak beritahu nak berpindah ke Bentong semula. Aku pun lupa krisis apa masa tu. Mak akan berpindah balik Bentong setiap kali krisis dengan arwah ayah. Aku pula tiada pilihan selain mengikut.
19. Aku sedih dan menangis. Kawan2 tanya,tak boleh ke kalau tak berpindah? Aku hanya mampu menangis.
20. Kali ni aku tak dibawa balik ke kampung di Bentong,sebaliknya menumpang di rumah arwah mak long aku di bandar Bentong. Semoga Allah merahmati roh arwah mak long yang pernah membantu bagi tumpang aku di rumahnya dulu.
21. Aku sedih sebab berjauhan dengan keluarga. Sudahlah aku kejutan budaya di situ. Boleh bayang tak,budak kampung duduk rumah teres,suasana lebih moden,dan sekolah di bandar? Sudahlah aku dipinggirkan dalam kelas sebab aku seorang je budak perempuan yang duduk luar,orang lain duduk asrama.
22. Aku juga sedih sebab mak dengan adik di kampung,ayah di Jengka dan aku tercampak kat situ seorang diri. Tapi di rumah itu aku duduk dengan sepupu aku @ anak2 mak long. Alhamdulillah mereka melayan aku dengan baik. Jadi terubat juga rasa hati yang lara.
23. Aku menghabiskan masa dengan study,membaca dan banyak duduk dalam bilik. Aku hampir kemurungan juga masa tu sebab pembuli di sekolah mendera emosi aku. Aku berjumpa dengan guru kaunseling. Beberapa kali juga aku pergi sesi kaunseling.
24. Aku diberikan pembimbing rakan sebaya yang baik sangat orangnya. Tq awak,walaupun saya dah lupa nama penuh awak,tapi kehadiran awak sangat membantu saya masa tu. Dia selalu bagi semangat pada aku dan luar waktu sekolah pun dia berkawan dengan aku.
25. Kami sama2 suka menulis,membaca dan pernah join pertandingan sajak. Walaupun aku budak kelas Sains,tapi aku selalu tulis cerpen. Aku minat sastera sebenarnya tapi aku kena masuk kelas Sains sebab result cemerlang. Mak dengan cikgu2 suruh masuk kelas Sains,jadi ikut je la masa tu.
26. Penulisan aku pernah masuk majalah Minda Pelajar dan waktu itu diumumkan dalam perhimpunan,yang aku tak ada.
27. Aku menghilang selama hampir 2 tahun,tak berjaya habiskan sekolah akibat sakit misteri yang sampai sekarang aku tak tahu punca sebenarnya. Aku juga dapat MC selama setahun. Aku tak ambil SPM pun pada umur yang sepatutnya aku ambil.
Sambung esok part ni..
Anak dan suami dah ajak keluar bristwalk dah.
Nor Fazilah Abd Mohd @Nfam

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply