Kisah Inspirasi

Tentang hijrah.

Tentang hijrah – ceritanya bermula di sini
1. Dulu semasa masih di maktab sebagai pelatih guru, kena isi borang nak posting mana. Maka kita pun isilah Borneo, Sabah dan Sarawak dan last Penang. Sebab memang kena isi 3 pilihan. Niat nak merantau dan hidup berdikari di tempat orang.
2. Tapi dapat posting ke tempat sendiri,iaitu Bentong-cumanya di bandar,rumah di kampung.Alahai,tak merasa nak merantau. 😆
3. Alang2 dapat tempat sendiri cubalah minta tukar ke kampung,mana tahu dapat kan. Nak dekat sangat kan,kita kasi dekat lagilah.
4. Setahun lebih je di sekolah bandar,dapat tukar pula ke kampung. Sekolah dengan rumah jarak lebih kurang tak sampai 1km. Kalau start kereta tu,tak sampai 2 minit dah boleh sampai.
5. Rezeki dalam bidang perguruan dalam 15 tahun sahaja,berhenti sebab trauma sangat dengan pihak atasan. Berhenti bodoh2 je tak ada bagi notis ke apa sebab dah depress sangat masa tu. Walaupun dipujuk macam2 tak mampu nak kembali dah. Tengok sekolah tu pun aku trauma akan berpaling setiap kali lalu.
6. Maka pilihan yang ada,kenalah fokus betul2 pada bisnes yang dibuat sampingan masa tu dan buat suka2 je.
7. Bisnes menjadi alhamdulillah sebab ilmu yang terkumpul sebelum2 ni yang tak dapat dilaksanakan dapat dibuat sebab masa dah banyak tak macam masa ada kerja dulu. Tak sia2 masuk kelas dan belajar macam2 pasal bisnes semasa masih dalam perkhidmatan.
8. Masa kerja aku tak campur hal bisnes kecuali ada yang suruh bawa maka aku akan bawa untuk diorang. Selebihnya fokus mengajar. Balik sekolah tumbang dulu sebab penat sangat. Aku mengajar tak ikut silibus sangat kalau kelas belakang sebab aku panggil murid seorang2 ke depan dan buatkan latihan di buku mereka ikut tahap masing2. Bayangkan ada 30 orang,maka 30 orang la aku check seorang demi seorang. Letih sangat tapi puas hati bila murid kau yang tak pandai tambah dah boleh tambah yang tak pandai darab dah pandai darab maka boleh ajar bahagi pula.
9. Masa sebelum berhenti ada juga ajak suami berhijrah duduk rumah lain sebab nak merasa berdikari. Suami kata tak perlu lagi biarlah duduk dengan mak lagi,kesian dia. Kuturuti je la bila dia cakap macam tu.
10. Keliling rumah tu saudara belaka,ramai yang selalu bantu tengokkan anak-anak,termasuklah adik dan adik ipar. Sebelum tu ada arwah ayah,dia pun sempat bermain dengan anak cucu dan suka layan diorang.
11. Bila banyak tangan maka macam2 la kan. Anak2 jadi manja dan mengada kadang. Hehe
Kita marah mereka di rumah belakang,dia lari rumah depan mengadu kat nenek saudara. Hahaha
12. Masa tu bermula dengan bisnes kat rumah,ambil ruang di bilik musolla kami yang lepas la untuk 4 orang buat kerja siap dengan meja kerusi tanpa kacau ruang untuk solat. Dari seorang staf yang pertama,tambah dua untuk akaun,dan tambah lagi 2 orang bahagian stor,jadi 4 diorang semua. Bahagian store duduk rumah sewa.
13. Ruang dah tak mencukupi,usha la premis area pinggir bandar,dapatlah satu. Maka berpindah kat sana. Dari satu premis ke satu premis,sekarang total ada 6 premis,satu je yang beli yang lain owner dia tak nak jual maka masih menyewa.
14. Bisnes makin rancak dan setahun setengah yang pertama memang sibuk gila. Masa ni dah letak target nak semuanya berjalan lancar dan kenalah berkorban sikit.
15. Alhamdulillah lepas setahun setengah tu dah makin stabil,setahun setengah berikutnya masih sibuk tapi lebih terkawal. Senang cerita 3 tahun pertamalah kena banyak berkorban.
16. Ada sesuatu berlaku yang membuatkan kami ambil keputusan untuk berhijrah ke Selangor,meninggalkan ofis di Bentong dengan mengharapkan mereka dapat uruskan semuanya dengan baik. 2 tahun je la sempat masuk ofis kerap dan lepas tu dah tak masuk dah. Suami sendiri ajak berhijrah kali ni,alhamdulillah,merasa juga hidup merantau dan berdikari. Walaupun sebelah je pun dengan Bentong. Hehe
17. Ajak duduk Bangi sebab situ ramai orang Islam dan suasana Islamik,suami kata jauh nak ke Pantai Timur. Tak apalah,dia nak berhijrah pun dah kira ok,maka kuturuti.
18. Maka bermulalah kehidupan kami di tempat orang,fuh,boleh tahan mencabar ye.
Dahlah dari kampung tiba2 duk bandar. Tapi mujurlah sini pinggir bandar tapi semua ada,taklah terlalu sesak. Area kami duduk masih ada rasa ketenangan dan aman damai.
19. Tapi satu demi satu kejutan berlaku di sini
Nanti sambung esok pula
Nak keluar dulu rutin pagi2. Hehe
Nor Fazilah Abd Mohd @ Nfam

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply