Skip to main content

5 Tip Anak Menjaga Kelakuan Ketika Berkunjung ke Rumah Orang

Apa yang tak pernah dilalui kan bila kita ada anak-anak yang masih kecil.

Saya pernah ada pengalaman berkunjung ke rumah orang yang tiada anak.Setiap tingkah laku anak kita walaupun hanya mengambil sudu diperhatikan dari hujung mata sampai saya rasa rimas.Sejak itu saya agak berhati-hati nak ke rumah orang yang tak ada anak.Tapi saya tahu,bukan semua,ada sahaja yang sukakan kanak-kanak.Harap tiada yang terasa jika anda bukan golongan yang tak berapa faham kanak-kanak ye.
Bukan salah mereka juga,kerana kita sendiri pun selepas ada anak baru faham ragam anak-anak yang kadang di luar kemampuan kita.

Pengalaman ke rumah orang yang ada anak pula,ada yang ok ada yang tak.Kita tak boleh nak salahkan tuan rumah,mereka ada hak untuk tidak suka dengan kelakuan anak-anak kita.

Jadi apa yang saya cuba didik anak dalam hal ini ialah :

1. Selalu cerita adab dan kelakuan yang sepatutnya bila berkunjung ke rumah orang.Awal-awal memang ada berlaku juga,tapi saya tetap terus berkempen dengan mereka.

2. Anak-anak yang tak dengar cakap,naik kereta memang kami akan basuh cukup-cukup sampailah akhirnya mereka serik dah.

3. Bila mereka tahu mereka akan kena dalam kereta nanti,mereka lebih berhati-hati ketika di rumah orang.

4. Apabila ada yang tak sengaja,saya hanya perlu jeling sahaja.

5. Kalau tak jalan,perlahan-lahan dekatkan diri dengan anak,berikan cubitan berbisa yang taklah sakit sangat tapi pedih sambil bagi bisikan misteri.InsyaAllah fahamlah mereka nanti.

Alhamdulillah,setakat ni ianya menjadi untuk anak-anak saya,selamat mencuba 

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply