Skip to main content

Teknik K

Apa itu Teknik K?

Ok,baca sampai habis.
Ramai para Usahawan nak menjual di laman sosial terutamanya FB,tapi main terjah sahaja.
Mereka tidak tahu ada satu tip atau teknik di mana jika ianya dikuasai,nak jual apa pun boleh.Itulah teknik K.
“K” untuk kredibiliti.

Anda harus membina kredibiliti di FB,untuk meningkatkan jualan bisnes online.Bagaimana caranya?

1.Bersosial dengan rakan fb di alam maya.Berhubung dengan mereka dengan cara like,komen dan berinteraksi dengan mereka.
2. Menambah rakan
3.Memperbanyakkan menulis di FB sesuatu yang berkualiti.
4.Tulis sesuatu yang diminati oleh orang untuk dibaca dan jika dapat menulis sesuatu yang mampu viral,ianya bonus.
5.Amalkan prinsip,4-5 post manfaat,1 iklan setiap hari.Kalau tak mampu,2-3,atau 1-2 post manfaat,dan 1 iklan.
6.Tulis dari hati,insyaAllah ianya akan sampai ke dalam hati.
7.Anggaplah tulisan anda itu sebagai dakwah,insyaAllah walau ada sedikit sahaja orang yang dapat manfaat tapi ianya tetap memberi pahala kepada anda.
8. Kuasai cara membuat ayat “copywriting” dan “storytelling” untuk menarik orang agar membaca
9. Jika tiada idea,cari info di Google,”copy paste” sahaja dan jangan lupa berikan kredit pada sumber berkenaan.
10.Jika ada status/post menarik di fb,”copy” gambar dan ayat,hanya berikan kredit kepada penulis asal

10 di atas adalah yang asas,cuba dahulu,nanti anda akan tahu bagaimana cara seterusnya untuk membina kredibiliti.Tak pun rajinlah melawat fb mereka yang hebat,lihat bagaimana mereka melakukannya.

Selamat mencuba 🙂

-Nor Fazilah Abd Mohd

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

One Comment

Leave a Reply