Skip to main content
Cerita Bisnes

Tips membeli emas

*TIPS MEMBELI EMAS*

Nak beli emas ni bukan macam beli goring pisang tepi-tepi jalan. Macam-macam aspek harus diambil kira sebelum membeli emas. Pemilihan emas yang betul dapat membantu kita menyimpan emas yang baik dan kukuh nilainya. Antara tips yang saya boleh kongsikan adalah :

*1. Survey harga sebelum beli*
Setiap kedai emas mempunyai harga jualan emas yang berbeza. Maka kita harus bijak melakukan survey terlebih dahulu untuk memastikan kita mendapat harga yang terbaik. Poh Kong, Wah Chan dan Tomei misalnya menggunakan harga yang ditetapkan oleh FGJAM- Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia.

*2. Pilih gred yang terbaik*
Ada 5 jenis gred emas iaitu 999, 950, 916, 835, 750. Kebiasaannya gred 916 merupakan pilihan para wanita dan gadis diluar sana. Barang kemas biasanya menggunakan emas 916 iaitu 22 karat, elakkan membeli gred di bawah gred 916 contohnya 750 sebab kandungan emas yang kurang serta bila digadaikan untuk dapat tunai segera nilainya tidak begitu tinggi.

*3. Barang kemas yang padu lebih baik*
Pilih barang kemas yang padu sebab ianya tahan lasak dan sesuai untuk pakai hari-hari. Kalau terlalu nipis boleh cepat putus atau pun kemik, nanti dah kemik hati pun tak ceria lagi. Pentingnya memilih emas yang padu untuk memastikan keadaan fizikalnya lebih tahan lasak dan yang penting tidak mudah rosak.

*4. Pastikan tiada batu*
Kebiasaannya emas yang berbatu seperti cincin permata hanya sesuai dipakai untuk perhiasan diri sahaja kerana sekiranya nak jual ataupun pajak, cincin dan batu akan diasingkan terlebih dahulu dan ini amatlah merugikan. Lagi satu barang kemas yang ada batu permata ni agak sukar dinilai oleh mesin densimeter yang digunakan di ArRahnu atau pajak gadai islam untuk proses gadaian jadi tak dapat timbang dengan tepat.

*5. Pilih susut nilai yang paling rendah*
Susut nilai ni maksudnya berapa harga yang kedai emas beli balik jika kita nak jual semula barang kemas kita. Susut nilai setiap kedai emas berbeza-beza ikut budi bicara tokeh kedai, ada yang hingga 25%, lebih kecil susut nilai lebih bagus
.
.
Anda harus bijak dalam memilih emas kerana anda membeli emas bukan sekadar perhiasan diri malah ianya juga satu bentuk simpanan anda dimasa hadapan.

Info ini khas dibawakan oleh *Edalia Gold*.

#Edalia Gold #GoldForFuture

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply