1. Ada orang kata:
“Tidak perlu salahkan vaksin. Lihat sahaja gaya hidup orang sekarang, makan pun tidak dijaga. Itulah punca sebenar.”
Benar. Makanan dan gaya hidup memang penyumbang besar kepada tahap kesihatan.
Tetapi… mengapa apabila disebut vaksin, terus jadi isu sensitif seolah-olah tidak boleh disentuh?
Kenapa “makanan” boleh disebut, “stres” boleh disebut, “genetik” boleh disebut;
tetapi bila sebut vaksin, terus ada yang kerasukan?
2. Hakikatnya, dua-dua faktor boleh jadi punca.
Tubuh manusia bukan mesin yang hanya rosak atau sakit kerana satu sebab.
Namun secara logiknya: kalau seseorang sudah menjaga makan, rajin bersenam, mengamalkan gaya hidup sihat… tiba-tiba diserang strok, serangan jantung atau meninggal mendadak; kita perlu berani bertanya tentang faktor lain.
Dan faktor lain itu salah satunya adalah vaksin.
3. Fakta & Kajian
-
Circulation Journal (American Heart Association, 2021): Suntikan mRNA meningkatkan risiko radang jantung (myocarditis, pericarditis), terutamanya pada lelaki muda.
-
Kajian Nature (2022): Vaksin mRNA boleh mengganggu sistem imun adaptif sesetengah individu, menjadikan mereka lebih terdedah pada jangkitan lain.
-
NIH (2023): Terdapat rekod kes “sudden cardiac death” (kematian mengejut akibat jantung) berkaitan vaksinasi, walaupun pesakit tiada sejarah penyakit kronik dan mengamalkan gaya hidup sihat.
4. Jadi bila orang kata:
“Ramai yang menjaga makan pun sakit & mati dengan cara pelik.”
Ya, betul.
Itulah tanda ada faktor lain selain makanan.
Dan faktor lain itu bukan sekadar stres, bukan sekadar usia… tetapi suntikan yang masuk terus ke dalam darah, membawa bahan asing yang terbukti boleh mencetuskan radang, pembekuan darah dan kerosakan saraf.
5. Antivaksin tidak pernah nafikan gaya hidup sihat itu penting.
Kami juga menjaga makan, menjaga tidur, menjaga emosi.
Cuma kami tidak redha apabila ada faktor suntikan yang jelas terbukti berbahaya tetapi langsung tidak boleh disebut.
Seolah-olah vaksin ini suci murni tanpa cacat, walaupun laporan kesan sampingan dan kesan buruknya sudah banyak terkumpul.
6. Jaga makan, jaga gaya hidup; memang wajib.
Tetapi menutup mata pada risiko vaksin = satu bentuk kezaliman.
Kalau betul mahu adil, sebut semua faktor.
Bukan pilih faktor yang selamat disebut, tetapi abaikan faktor yang “panas”.
Kalau vaksin itu benar-benar selamat, mengapa bila disebut… ramai yang menggelupur?
7. Oh ya, sebelum ada yang komen itu semua sekadar asbab; ajal sudah sampai.
Kami antivaksin percaya dan faham sahaja hal ini.
Tetapi itu tidak bererti kita perlu tetap mengambil suntikan itu ke dalam badan lagi. Ambillah peringatan dan pengajaran daripada apa yang berlaku.
Yang sudah pergi tetap pergi. Yang masih ada ini perlu beringat.
Khas untuk yang mahu berfikir sahaja.
Pencinta vaksin tidak perlu komen, lebih baik buat hantaran sendiri. Facebook ini umpama rumah terbuka tetapi hanya untuk tetamu sefikrah.
Sumber Artikel
-
Circulation Journal, American Heart Association (2021)
-
Nature (2022)
-
National Institutes of Health (NIH) Report (2023)





