Skip to main content
KENYATAAN MEDIA.
YB MENTERI PENDIDIKAN JANGAN UGUT WARGA PENDIDIK
1. Kami merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan, YB Senator Radzi Jidin dalam Astro Awani bertajuk, – “Guru-Guru Tidak Divaksin Mungkin Akan Ditukar”.
2. Sebagai warga pendidik, kami terpanggil untuk menjawab kenyataan tersebut yang dilihat sebagai ugutan kepada golongan pendidik yang tidak divaksin.
3. Pertama, dasar kerajaan adalah vaksin COVID-19 merupakan pilihan termasuk kepada frontliners. Justeru, guru-guru yang menolak divaksin tidak melakukan sebarang kesalahan sebagai penjawat awam.
4. Kedua, surat siaran Ketua Setiausaha Negara yang bertarikh 5 Mac 2021 juga secara jelas menyebut penjawat awam digalakkan untuk mendaftarkan melalui MySejahtera untuk program vaksinasi COVID-19.
5. Ketiga, setiap individu mempunyai hak yang terpelihara dalam perlembagaan dan guru merupakan penjawat awam yang terlindung dalam perlembagaan di bawah Bahagian 10: Perkara 132 (Perkhidmatan Awam), Perkara 135 (Sekatan Pembuangan Kerja dan Penurunan Pangkat) dan Perkara 136 (Layanan Sama Rata Pekerja-Perkerja Persekutuan).
6. Berdasarkan Perlembagaan dinyatakan di atas, tindakan Kementerian Pendidikan merangka garis panduan yang bersifat diskriminasi bagi kami adalah tidak wajar dan amalan “medical apartheid”.
7. Antara diskriminasi tidak munasabah dan naif adalah guru-guru tidak divaksin tidak boleh menggunakan tandas, tidak boleh berada bersama guru lain dalam tempat sama dan memakai dua pelitup muka di sekolah.
8. Garis panduan yang telah dikeluarkan YB Menteri Pendidikan menunjukkan bahawa beliau seorang menteri yang naif. Apakah justifikasi di sebalik guru-guru yang tidak divaksin tidak boleh menggunakan tandas di sekolah?
9. Dan apakah justifikasi di sebalik larangan guru-guru tidak divaksin dihalang untuk mengajar secara bersemuka kerana kita semua tahu individu yang divaksin atau belum divaksin berisiko dijangkiti serta menjangkiti orang lain.
10. Selain itu, kami juga ingin justifikasi yang munasabah dari YB Menteri Pendidikan, apakah dengan tukar sekolah bermakna guru-guru yang tidak divaksin tidak akan berdepan dengan pelajar?
11. Justeru kami mewakili guru-guru yang tidak divaksin mendesak campur tangan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bagi menyelesaikan polemik yang dicipta oleh Menteri Pendidikan sendiri.
12. Mengugut guru-guru bukan jalan terbaik, kami sebaliknya mencadangkan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia lebih cerdik merangka polisi yang bersifat adil tanpa amalan “medical apartheid”
13. Kami turut menggesa Menteri Pendidikan berhenti mengugut guru-guru dan tolong rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan sebelum membuat sebarang kenyataan media.
Malaysian Educator Movement
26 September 2021
TAMAT.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply