Detoks Fluoride Secara Semula Jadi: Lindungi Pineal Gland Anda Sebelum Terlambat
Tahukah anda bahawa salah satu bahan yang merosakkan pineal gland adalah fluoride? Jika anda terlepas info tentang ini, boleh baca semula perkongsian terdahulu atau gunakan butang carian di laman ini.
Detoks fluoride memang mencabar, tetapi jauh lebih baik berusaha daripada tidak berbuat apa-apa langsung, bukan?
Mari kita kongsikan dahulu beberapa tip asas. Cubalah.
Adakah Anda Terdedah Kepada Fluoride?
Jika anda:
-
Sudah lama menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluoride,
-
Kerap minum air paip,
-
Pernah menerima ‘suplemen fluoride’ semasa kecil (dahulu klinik gigi suka beri, dan kemungkinan besar masih dilakukan sekarang)…
…besar kemungkinan fluoride telah pun terkumpul dalam tubuh anda.
Fluoride berkumpul di mana?
-
Tulang – Boleh menyebabkan tulang menjadi rapuh atau sakit sendi.
-
Kelenjar pineal – Mengganggu hormon melatonin, seterusnya memberi kesan kepada tidur dan kestabilan emosi.
-
Otak – Terdapat kajian yang mengaitkan kelebihan fluoride dengan masalah tumpuan dan penurunan IQ.
Namun jangan risau, Allah mencipta tubuh manusia dengan kebolehan untuk sembuh secara semula jadi — asalkan kita berusaha menjaga dan menyokong proses tersebut.
7 Cara Detoks Fluoride Secara Semula Jadi
1. Tukar Sumber Air Minuman
Ini langkah pertama dan paling penting.
-
Gunakan penapis air yang boleh menapis fluoride, bukan sekadar klorin dan karat.
(Nota: Saya sendiri belum jumpa penapis air yang benar-benar meyakinkan, jadi saya sudah berhenti guna penapis air dan hanya minum air mineral — sudah masuk tahun kedua.) -
Elakkan air botol plastik yang lama terdedah kepada panas, kerana ini boleh melarutkan fluoride dan bahan kimia lain.
Sebaiknya simpan pada suhu bilik dan guna bekas air yang lebih selamat.
2. Guna Ubat Gigi Bebas Fluoride
Kini banyak pilihan ubat gigi tanpa fluoride di pasaran. Cari label “fluoride-free”.
Contoh:
-
Ubat gigi Mukmin
-
Halagel
Jika mahu yang lebih semula jadi:
-
Ubat gigi siwak
-
Ubat gigi buatan sendiri (contoh: baking soda + minyak kelapa + essential oil)
3. Makan Makanan Kaya Antioksidan
Fluoride boleh menyebabkan tekanan oksidatif (oxidative stress), jadi kita perlu melawannya dengan makanan tinggi antioksidan.
Contoh makanan:
-
Kunyit – Curcumin membantu melindungi otak daripada kesan fluoride
-
Daun ketumbar (cilantro) – Bantu menyingkirkan logam berat
-
Bawang putih, halia, lemon, buah beri – Sumber antioksidan semula jadi
4. Tambah Iodin Secukupnya
Fluoride bersaing dengan iodin dalam tubuh, terutama di kelenjar tiroid.
Apabila tubuh mendapat cukup iodin, fluoride akan sukar ‘menduduki’ tempatnya.
Contoh sumber semula jadi iodin:
-
Rumpai laut seperti kelp dan nori
-
Garam bukit yang mengandungi iodin
Peringatan: Jangan ambil iodin secara berlebihan tanpa ilmu.
5. Aktifkan Peluh!
Fluoride boleh dikeluarkan melalui peluh.
-
Sauna – Jika mampu
-
Senaman dan aktiviti fizikal luar – Sudah cukup membantu jika dilakukan secara konsisten
6. Amalkan Mineral Penting
Mineral seperti magnesium, kalsium dan selenium membantu tubuh melawan kesan toksik fluoride.
Kadangkala fluoride boleh ‘mengambil tempat’ mineral dalam badan — jadi kita perlu pastikan pengambilan mineral ini mencukupi.
7. Detoks Fluoride Bukan Mustahil
Cuma ia memerlukan kesedaran dan tindakan konsisten.
Kita telah terdedah kepada fluoride bertahun lamanya — jadi jangan harapkan ia hilang dalam masa sebulan dua. Namun, dengan istiqamah, tubuh kita mampu kembali seimbang sedikit demi sedikit, insyaAllah.
Untuk sambungan artikel:
-
Resipi Detoks Harian Anti-Fluoride
-
Simptom-Simptom Badan Terlebih Fluoride
Sila rujuk di saluran khas yang dikongsi.
Semoga bermanfaat dan menjadi permulaan kesedaran untuk semua.





