Mereka Galakkan Cucuk, Tapi Bila Sakit Mereka Nafi – Kenapa Ramai Mula Pilih Alternatif?
1. Mereka galakkan orang cucuk.
Katanya untuk melindungi, untuk menyelamatkan nyawa.
2. Tapi bila selepas cucuk itu orang jatuh sakit, terus mereka nafikan kaitan.
“Tiada bukti.”
“Kebetulan sahaja itu.”
“Badan masing-masing tidak sama.”
3. Tiba-tiba semua jadi pakar statistik, pakar kesihatan, pakar hukum sebab-akibat.
Tetapi bila orang yang sakit itu cuba mencari penawar;
Cuba keluar daripada sistem, cuba cari rawatan alternatif,
Mereka mula mengutuk pula.
“Kononnya rawatan sunnah… tetapi dijual mahal.”
“Kononnya semula jadi… tetapi tiada kelulusan.”
“Kononnya hendak membantu… tetapi mahu keuntungan.”
4. Sedangkan…
Mereka sendiri selama ini mempromosikan sistem yang paling besar keuntungannya – iaitu Big Pharma.
Berapa ramai sudah menjadi “jurujual” tidak rasmi untuk industri perubatan moden?
5. Siang malam ulang skrip yang sama:
“Cucuk itu selamat, cucuk ini penyelamat.”
Tanpa pernah mengkaji betul-betul, tanpa pernah alami sendiri.
6. Ironinya, jika rawatan alternatif ini tidak bagus – kenapa makin ramai yang mencarinya?
Kenapa makin ramai orang yang sudah letih dengan ubat demi ubat, suntikan demi suntikan,
Akhirnya kembali kepada cara semula jadi, makanan sebenar, dan rawatan yang lebih dekat dengan fitrah?
7. Sebab ramai sudah sedar.
Tubuh bukan boleh sihat dengan bahan kimia semata-mata.
Dan sakit bukan semestinya perlu bergantung kepada ubat seumur hidup.
8. Kami bukan menjual harapan palsu.
Kami cuma berkongsi jalan yang pernah membantu kami bangkit – selepas tubuh kami sendiri makin merosot kerana terlalu percaya kepada sistem.
9. Jadi sebelum terus mengutuk dan mengecam, cuba tanya diri:
Betulkah aku sedang menyelamatkan nyawa?
Atau aku cuma mengulang semula apa yang sistem suruh,
Tanpa pernah benar-benar peduli siapa yang sudah menjadi mangsa?
Fikir-fikirkanlah.
#SharingByNFAM | #Awaken





