7 Cara Pineal Gland Anda Rosak Tanpa Sedar & Cara Menjaganya

 

Dalam otak kita terdapat satu kelenjar kecil, lebih kurang sebesar biji kacang. Ia terletak di tengah otak, antara dua belahan otak, berdekatan dengan otak tengah. Namun, fungsinya sangat besar – mengawal penghasilan hormon melatonin, membantu keseimbangan emosi dan dikaitkan dengan kesedaran jiwa.

Namun begitu, ramai tidak sedar bahawa kelenjar pineal ini boleh rosak atau tidak berfungsi secara perlahan-lahan disebabkan pendedahan harian kepada bahan kimia, radiasi dan gaya hidup moden. Berikut adalah 7 cara bagaimana pineal gland anda boleh rosak, serta panduan untuk menjaganya supaya tidak ‘mati dalam diam’.


7 Cara Pineal Gland Jadi Rosak

 

1. Fluoride dalam ubat gigi dan air minuman

  • Fluoride diketahui boleh mengeraskan kelenjar pineal (pineal gland calcification).

  • Banyak ubat gigi kanak-kanak dan dewasa mengandungi fluoride, dan dalam sesetengah negara, air paip turut ditambah fluoride – termasuk Malaysia.

 

2. Aluminium dalam vaksin

  • Bahan adjuvan seperti aluminium digunakan untuk “mengaktifkan” sistem imun.

  • Kajian mendapati aluminium boleh terkumpul dalam otak dan memberi kesan kepada bahagian otak yang sensitif termasuk pineal gland.

 

3. Merkuri dalam vaksin (Thimerosal)

  • Bahan pengawet ini pernah digunakan dalam banyak vaksin.

  • Merkuri adalah neurotoksin yang sangat kuat, dan boleh merosakkan tisu otak, termasuk kelenjar pineal.

 

4. Radiasi dari peranti moden (telefon, Wi-Fi dan sebagainya)

  • Pineal gland sangat sensitif terhadap medan elektromagnet.

  • Radiasi ini boleh mengganggu pengeluaran melatonin – hormon utama dari pineal gland yang penting untuk tidur dan sistem imun.

 

5. Ubat-ubatan moden dan ubat psikiatri

  • Sesetengah ubat menekan sistem saraf pusat, termasuk hormon semula jadi yang dikawal oleh pineal gland.

  • Contohnya, ubat tidur, antidepresan dan ubat ADHD boleh mengganggu kitaran tidur-bangun (circadian rhythm).

 

6. Cahaya biru (blue light) berlebihan

  • Skrin telefon, televisyen dan lampu LED memancarkan cahaya biru yang menghalang rembesan melatonin dari pineal gland.

  • Ini menyebabkan tidur terganggu dan tubuh kurang detoksifikasi semula jadi semasa malam.

 

7. Bahan kimia dalam makanan (MSG, pengawet, pewarna tiruan)

  • Racun halus ini boleh mengganggu keseimbangan hormon dalam otak dan mengganggu fungsi semula jadi pineal gland.

  • Kanak-kanak adalah golongan paling terdedah kerana sistem mereka masih berkembang.


Cara Menjaga Pineal Gland Supaya Tidak ‘Mati Dalam Diam’

 

1. Hentikan penggunaan fluoride
Ubat gigi dan air minuman yang mengandungi fluoride adalah racun halus untuk pineal gland. Fluoride dalam air paip tidak akan hilang walaupun dimasak atau ditapis.
Gunakan air mineral dan pilih ubat gigi bebas fluoride.

2. Elakkan vaksin dan ubat moden berlebihan
Banyak bahan logam berat seperti aluminium dan merkuri terkumpul di pineal gland. Lama-kelamaan, ia menjadi keras, tertutup dan tidak berfungsi.

3. Elakkan makanan proses dan makanan segera
MSG, pewarna dan pengawet mengganggu sistem hormon dan saraf. Bahan-bahan ini melemahkan fungsi otak secara perlahan-lahan terutama pada kanak-kanak.

4. Tidur ikut fitrah – malam gelap, siang cerah
Pineal gland aktif pada waktu gelap.
Jangan buka lampu terang semasa tidur dan hadkan penggunaan skrin pada waktu malam terutama kepada anak-anak.

5. Kurangkan pendedahan kepada radiasi
Wi-Fi yang hidup 24 jam, telefon dekat kepala dan skrin di hadapan mata mengganggu gelombang otak. Pineal gland sangat sensitif terhadap frekuensi tidak sihat.
Boleh juga letakkan orgonite di rumah sebagai pelindung frekuensi.

6. Banyakkan berzikir, solat awal waktu dan dekat dengan alam
Cahaya Al-Quran dan suasana semula jadi membantu mengaktifkan pineal gland.
Bila pineal gland aktif, hati menjadi lebih lembut, anak-anak lebih tenang dan ibu bapa lebih celik dalam mendidik.


Penutup

 

Pineal gland bukan sahaja mengawal tidur, tetapi juga berperanan dalam kesedaran rohani dan kestabilan emosi. Ia adalah pusat ‘kesedaran jiwa’. Jika ia tertutup, hati juga akan turut menjadi gelap.

Jadi, penting untuk kita sedar dan menjaga pineal gland agar tidak terus rosak dalam diam.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply