Pulihkan Kelenjar Pineal yang Terjejas: 6 Langkah Penting untuk Kesihatan & Kesedaran Diri

Memang mencabar, bukan, apabila kelenjar pineal sudah terjejas?
Tidak mengapa. Kita boleh mula perlahan-lahan untuk memulihkannya. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diikuti. Untuk bahagian seterusnya, kami akan kongsikan pula cara untuk detoks fluoride yang telah lama tersimpan dalam badan.

Cara Memulihkan Kelenjar Pineal yang Rosak

 

1. Detoks Logam Berat dan Racun

  • Gunakan makanan semula jadi seperti ketumbar, chlorella, spirulina dan air lemon suam.

  • Boleh juga gunakan suplemen yang membantu menarik keluar logam berat; ikut kesesuaian dan ilmu seperti kaedah orthomolecular.

  • Jika di Facebook, Puan Bintu Yaacob banyak berkongsi tentang ini. Saya sendiri juga telah mengumpulkan ilmu beliau dan digabungkan dengan pengalaman sendiri dalam sebuah grup khas. Percuma sahaja untuk mereka yang ingin menambah ilmu di sana.

2. Tinggalkan Fluoride

  • Tukar ubat gigi kepada yang bebas fluoride. Minum air mineral.

  • Elakkan makanan terproses yang mungkin mengandungi kesan fluoride.

3. Kurangkan Radiasi

  • Matikan Wi-Fi waktu tidur.

  • Jangan letakkan telefon bimbit di sebelah kepala semasa tidur.

  • Hadkan masa skrin untuk anak-anak.

4. Tidur Awal dan Dalam Gelap Total

  • Kelenjar pineal hanya aktif apabila keadaan gelap sepenuhnya. Cahaya pada waktu malam menghalang pengeluaran hormon melatonin.

  • Gunakan langsir gelap dan tutup semua lampu ketika tidur.

5. Ambil Makanan yang Mengaktifkan Kelenjar Pineal

  • Contohnya seperti cuka epal, kunyit, minyak zaitun, koko asli, coklat gelap, dan makanan yang tinggi antioksidan.

  • Elakkan pengambilan gula putih dan MSG.

6. Aktifkan Semula Secara Spiritual

  • Perbanyakkan zikir, solat di awal waktu, muhasabah diri, grounding (berjalan tanpa alas kaki atas rumput atau tanah) dan sunning (berjemur di bawah matahari pagi).

  • Apabila hati menjadi bersih, kelenjar pineal akan ‘terjaga’ dengan sendirinya. Ini adalah perkara yang ramai tidak sedar.

Kesimpulan:
Proses pemulihan kelenjar pineal bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sehari dua. Tetapi yang paling penting ialah: sedar, berusaha, dan istiqamah.

Jika anda benar-benar ingin membantu diri dan anak-anak kembali tenang, sihat dan celik jiwa – kelenjar pineal perlu ‘dihidupkan’ terlebih dahulu.

#sharingbynfam #awaken

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply