Skip to main content

Kecuaian Hospital: Realiti yang Sering Disenyapkan

 

Sebenarnya, sangat banyak kes kecuaian hospital yang disenyapkan. Namun, yang peliknya, ada pula segelintir individu di media sosial yang gemar memperlekeh dan memburukkan orang lain yang memilih untuk tidak mendapatkan rawatan di hospital.

Satu kes ikhtiar rawatan di rumah diperbesar-besarkan, tetapi ribuan kes kecuaian hospital senyap tanpa khabar. Nampak tak ketidakseimbangan ini?


Sikap Manusia dan ‘Double Standard’ di Media Sosial

 

Pelik, bukan?
Apabila ada satu kes orang berikhtiar rawatan di rumah, terus habis dibahan dan dijaja ke sana sini.

Mereka seolah-olah ingin membuktikan,

“Ha, tengok! Sebab tidak pergi hospitallah jadi begini.”

Tetapi, bila ribuan kes kecuaian hospital berlaku…
Sunyi sepi.
Tidak masuk berita.
Tidak trending.
Tidak kecoh di media sosial.


Nyawa Tetap Nyawa, Masa Depan Tetap Masa Depan

 

Seolah-olah apabila hospital yang cuai, semua mulut tiba-tiba menjadi bisu. Sedangkan nyawa yang hilang tetap nyawa, dan masa depan yang musnah tetap masa depan.

Hakikatnya, terlalu banyak kes yang disenyapkan:

  • Anak menjadi OKU kerana rawatan salah

  • Pesakit meninggal akibat kesilapan prosedur

  • Ubat diberikan dengan dos atau jenis yang salah

  • Diagnosis dibuat terlalu lambat sehingga meragut nyawa pesakit

 

Tetapi, berapa banyak daripada kes ini yang kita dengar di TV dan media arus perdana?
Berapa banyak yang diviralkan seperti kes rawatan alternatif?
Sangat jarang.


Apabila Hospital Cuai, Akan Ada Alasan

 

Realitinya, bila hospital cuai, akan ada “cover line”:

  • “Prosedur sudah diikuti.”

  • “Ini risiko biasa.”

  • “Takdir Tuhan.”

 

Tetapi apabila rakyat berikhtiar cara lain — contohnya memilih rawatan alternatif — mereka dihentam hebat, seolah-olah melakukan kesalahan besar.


Sikap Segelintir Netizen: Menghina Pilihan Orang Lain

 

Inilah yang menyedihkan. Ada segelintir pihak yang penuh dengan rekod kecuaian menakutkan, tetapi masih berlagak menjadi “pakar kesihatan” di Facebook.

  • Menghina usaha orang lain

  • Mengutuk pilihan rawatan orang lain

  • Menganggap hospital maksum dan tidak pernah melakukan kesilapan

 

Hello, tolong cermin diri dulu.
Kalau ribuan nyawa pun tidak mampu diselamatkan, jangan terlalu cepat menghukum orang lain hanya kerana mereka memilih jalan berbeza.


Satu Kes Viral, Ribuan Kes Disenyapkan

 

Satu kes di rumah diviralkan, tetapi ribuan kes kecuaian hospital ditelan bulat-bulat.

Itu bukan perjuangan kesihatan.
Itu adalah kezaliman.


#sharingbynfam #awaken #ikhtiaralternatifdenganilmu

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply