Penghakiman Kes Fitnah & Buli Siber: Pendedahan Perangai Sebenar Geng Pembuli di Facebook
Perangai pembuli dan geng mereka ini selalunya sama sahaja, tuan dan puan. Mereka cenderung kuat bersangka buruk, cepat tersinggung, dan kemudian melatah tidak tentu hala. Hidup penuh drama, lengkap dengan ciri-ciri narsistik, serta mempunyai obsesi melampau terhadap orang yang difitnah. Seram, bukan?
Kadang-kadang pelik melihat perangai geng pembuli ini.
Di Facebook, masing-masing nampak garang, kononnya berjuang demi kebenaran. Fitnah, hina, dan mengejek — semua mereka berani tulis. Rasa diri hebat kerana ada geng, ada penyokong. Tetapi apabila kes dibawa ke mahkamah, perangai sebenar mula terserlah.
Hakim sendiri ada menulis dalam penghakiman rasmi beberapa perkara penting:
1. Ketaksuban Defendan Terhadap Plaintif (Masyitah)
Hakim menyatakan bahawa ketaksuban defendan terhadap plaintif, Masyitah, dan kerjayanya sebagai doula/CBE berada “di luar pemikiran biasa”.
Ini bukanlah hujah yang matang, tetapi tanda obsesi yang tidak sihat.
Nampak, bukan? Defendan terlalu obses dengan Masyitah. Seram memikirkannya.
2. Defendan & Geng Asyik Bermain Telefon Semasa Perbicaraan
Semasa perbicaraan sedang berlangsung, hakim menegur defendan dan gengnya kerana terlalu sibuk menaip dan menatal telefon.
Bayangkan, ketika saksi sedang memberi keterangan penting, mereka masih leka dengan telefon masing-masing.
Perangai dalam mahkamah sama sahaja seperti di Facebook — tidak fokus, lebih sibuk mencari drama.
Penulis sendiri turut melihat gelagat geng ini di luar mahkamah. MasyaAllah, sangat teruk, walaupun sedang berada dalam situasi serius.
3. Gaya Bahasa & Penulisan Defendan
Hakim turut menegur bahawa gaya bahasa dan penulisan defendan tidak menggambarkan tahap pendidikan dan latar belakangnya.
Jika benar mahu memberi pandangan, ia sepatutnya boleh disampaikan dengan cara lebih bermaruah dan berilmu.
Malangnya, defendan memilih untuk menggunakan fitnah, serangan peribadi, dan kata-kata kasar.
4. Cyberbully Memang Berlaku
Hakim menegaskan bahawa penindasan siber (cyberbully) seperti ini semakin berleluasa dan kesannya amat berat.
Mangsa boleh terjejas dari segi emosi, mental, fizikal, dan kewangan.
Setiap orang mempunyai tahap daya tahan berbeza, maka jangan sesekali memandang ringan isu buli siber.
Kesimpulannya, semua poin di atas bukanlah sekadar kata-kata netizen, tetapi fakta rasmi daripada penghakiman mahkamah. Mahkamah sendiri mengesahkan wujudnya fitnah dan buli siber. Jadi, apa lagi yang mahu disangkal?
Masa seronok membuat fitnah, geng pembuli bersorak dan saling menyokong, siap menambah minyak. Tetapi apabila kena saman, kalah kes, dan harta disita, siapakah yang datang membantu?
Sekadar komen “support sis” di Facebook tidak akan mampu membayar saman beratus ribu ringgit.
Ironinya, geng yang sama inilah dahulu yang mengutuk orang lain kononnya membuka tabung milo untuk meminta derma. Sekarang, bila terkena pada geng sendiri, tabung malu pula yang dibuka.
Seolah-olah mereka lupa sejarah sendiri.
Kes Ini Menjadi Pengajaran:
-
Fitnah dan buli siber bukan perkara kecil.
-
Hakim memandang serius isu ini dan menulis secara jelas dalam alasan penghakiman.
-
Mulut dan jari yang tidak dijaga boleh memusnahkan diri sendiri lebih daripada memusnahkan orang lain.
-
Kes ini juga menjadi rujukan penting untuk kes-kes buli siber di media sosial, khususnya Facebook.
-
Jangan sangka akaun palsu (fake account) akan selamat — jika orang mahu cari, sampai lubang cacing pun boleh jumpa.





