Adab Dalam Diskusi Kesihatan: Hormati Pilihan Berbeza, Rawat Dengan Ihsan
1.
Ada segelintir petugas kesihatan di media sosial yang suka berkata,
“Antivaksin jangan datang hospital bila sakit.”
Namun peliknya, kita tidak pernah pula berkata,
“Kalau asyik ke hospital, jangan makan herba dan jangan cuba cara alternatif.”
2.
Kita tidak pernah melarang mereka menggunakan bahan alami.
Kita tidak berkata, “Jangan guna halia, cengkih, jangan guna madu, jangan masak guna serai.”
Padahal herba dan bahan semula jadi itulah sumber kesihatan sejak zaman dahulu.
3.
Tetapi apabila orang lain memilih jalan yang berbeza,
terus dihina, diperli dan disindir seolah-olah mereka tidak layak dirawat.
Di mana adab dan nilai kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan atas nama sains?
4.
Apa yang ditegur bukan hospital.
Dalam hospital ramai staf yang baik, amanah dan benar-benar mahu membantu pesakit.
Tetapi yang mencemarkan nama mereka ialah segelintir petugas kesihatan yang menjadikan media sosial sebagai medan menghina dan menghasut.
5.
Petugas kesihatan mempunyai tanggungjawab besar.
Tugas mereka merawat, bukan membunuh semangat.
Apabila mereka menjadikan “antivaksin” sebagai bahan ejekan,
mereka sebenarnya sedang menconteng arang pada wajah profesion sendiri.
6.
Apa yang berlaku hari ini bukan sekadar hilang adab, tetapi sudah menjadi budaya siber yang memecahbelahkan masyarakat.
Pembulian siber atas nama perubatan,
sedangkan Islam sendiri melarang kita menghina sesama manusia.
7.
KKM sepatutnya memantau perkara ini dengan serius.
Apabila seorang petugas kesihatan menyebarkan kebencian di media sosial,
itu bukan sekadar pendapat peribadi, tetapi boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap seluruh sistem.
8.
Jika benar memperjuangkan kesihatan, sepatutnya mendidik masyarakat untuk kembali kepada fitrah,
bukan memusuhi mereka yang memilih jalan berhati-hati.
9.
Kita boleh sahaja membalas dengan nada sinis:
“Kalau asyik ke hospital, jangan makan herba.”
Tetapi kita tidak lakukan, kerana kita bukan seperti itu; kita matang.
10.
Maka nasihat saya:
Jika benar mahu berbakti dalam bidang kesihatan,
berbaktilah dengan ilmu, bukan ego.
Kerana kata-kata menghina boleh melukakan lebih dalam daripada jarum suntikan.





