Penjelasan Terhadap Isu “Vaksin Wajib di Sekolah”: Kenapa Ia Tidak Berdasarkan Undang-Undang

“LAGI KES PENIPUAN KONONNYA VAKSIN WAJIB DI SEKOLAH! Hentikan Penipuan Tentang ‘Vaksin Wajib’.”
Apabila maklumat rasmi disebar melalui group sekolah dengan tulisan seperti:
“Vaksin DT dan MR adalah dua vaksin wajib KKM untuk murid Tahun 1.”
Saya bertanya secara terus terang: “Wajib” di mana? Di dalam undang-undang mana? Akta apa?
Sebab tiada satu pun undang-undang di Malaysia yang mewajibkan vaksin untuk anak-anak sekolah.
Vaksin di Malaysia masih di bawah dasar sukarela (voluntary basis).
Cuba rujuk kenyataan rasmi: pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri mengesahkan bahawa ibu bapa berhak memilih untuk menolak vaksin dengan menandatangani borang penolakan.
Jadi, mengapa masih ada pihak sekolah dan petugas kesihatan menyebarkan kenyataan seolah-olah vaksin itu “wajib”?
Adakah mereka tidak tahu dasar sebenar, atau sengaja berpura-pura tidak tahu demi mencapai KPI liputan vaksinasi?
Tindakan itu — menakut-nakutkan ibu bapa, menyembunyikan fakta sebenar dan mengelirukan masyarakat — bukan kerja mendidik. Itu adalah propaganda.
Lebih menyedihkan, mereka yang sepatutnya menjadi contoh integriti dalam sistem kesihatan dan pendidikan akhirnya menjatuhkan maruah sendiri di mata masyarakat.
Kalau sesuatu yang dikatakan “selamat dan berkesan” itu benar-benar kukuh, kenapa perlu diselindung dengan penipuan? Kenapa perlu kelirukan rakyat dengan istilah yang diputarbelit?
Ingat: masyarakat sekarang sudah celik. Kami baca, kami semak, kami tahu hak kami. Jangan ingat ibu bapa boleh diperbodohkan dengan surat berlogo rasmi.
Kerana bila kebenaran akhirnya terbongkar, anda bukan sahaja kehilangan kepercayaan rakyat — anda kehilangan maruah dan amanah.





