Skip to main content
Hari ini dalam sejarah.
Adik ipar admit wad sebab nak bersalin. Anak pun admit wad hari ni sebab nak kena operate kaki untuk next prosedur.
Dan sepatutnya saya beranak minggu ni. Sebab start anak ke 3 saya memang beranak masa 36 minggu. Paling awal pernah 35 minggu.
Kebetulan mengandung sama dengan adik ipar,tapi saya keguguran bulan 7 tahun lepas masa nak masuk 3 bulan. Memang pelik sikit tapi saya syak kesan shedding sebab badan kita memang kita boleh rasa kepelikannya tu.
Dan sebab tu saya percaya segala yang berlaku pasti ada hikmahNya.
Rupanya saya kena jaga baby besar saya. 😊
Saya suruh adik ipar beranak kat hospital swasta. Kita belanja la dari check up sampai beranak sebagai tanda menghargai orang yang banyak membantu jaga mak saya.
Sebenarnya nak suruh dia masuk kelas Doula Mas tapi tak sempat pulak tambahan dia pandai bahasa Melayu yang basic je sebab asal Thailand. Semoga ada rezeki lain nanti beranak secara alami. Yang penting semoga adik ipar saya selamat bersalin hari ini. Amin🤲
Korang yang nak belajar beranak cara alami walaupun di hospital bolehlah follow sahabat saya Pn Masyitah (tak boleh tag di sini) saya tag di post.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply