Di saat orang lain sibuk dengan isu Sol dan Sarah,suami aku pulak sibuk jaga anak kat hospital,macam biasa tak pernah nak ambik tahu sangat hal artis dan viral ni.
Kalau tau pun biasa dah lambat.
Aku tak boleh jaga sebab tak larat nak angkat dia ke bilik air,jadi aku ke sana time waktu melawat je la. Ni baru tadi dia bosan dan minta dengan ayah dia nak turun bawah lepak walaupun dah malam.
Aku pun pergi la terkedek2 naik Grab ke sana.
Tak harap banyak. Cuma harap anak kami boleh jadi macam bapa mereka,seorang yang kuat semangat dan tak suka menyakiti hati orang yang dia sayangi. Dia akan buat apa sahaja demi insan yang tersayang.
Bab poligami kadang kita saja suka tanya dia,jawapannya sama sejak 20 tahun dulu,seorang pun dah pening,malas nak serabut baik setia pada yang satu. 
Cakap je la kan sorang pun dah busy mana sempat nak tambah cawangan.
Tapi hati manusia ni nak berubah sekejap je.
Tak minta cuma sedar semua benda adalah pinjaman. Cumanya kita yakin dan pasrah sebab cakap lebih2 nanti orang kata sembang sedap pulak.
Lelaki setia itu wujud je. Bukan semua lelaki sama.





