Antara Kepercayaan, Anak dan Kebenaran.
-
Aidiladha bukan sekadar tentang korban kambing atau lembu.
Tetapi tentang korban keyakinan, pengorbanan perasaan, dan penyerahan mutlak kepada Allah.
Sembelih lembu tidak sesusah “menyembelih” rasa ego dan rasa diri sentiasa betul.
-
Nabi Ibrahim diuji dengan anaknya sendiri.
Apabila datang perintah daripada Allah, baginda tidak soal.
Tidak tunggu fatwa manusia. Tidak tunggu statistik. Tidak tunggu majoriti setuju.
Yang penting: Allah kata, maka itu kebenaran.
-
Hari ini, kita pun diuji.
Bukan dengan pisau dan anak,
Tetapi dengan suntikan dan kepercayaan.
-
Beranikah kita korbankan kepercayaan lama;
Tentang sistem yang kita sangka “menyelamatkan” padahal makin merosakkan?
-
Beranikah kita pilih jalan yang ramai tidak pilih;
Sebab mahu menjaga anak daripada terus menjadi mangsa?
-
Kadang-kadang orang mengutuk, orang memandang pelik,
Tetapi pengorbanan sebenar ialah apabila kita sanggup dikecam kerana mempertahankan yang benar.
“Yang sampai kepada Allah bukan darah dan daging korban itu,
tetapi ketakwaan dari hati kamu.”
(Surah Al-Hajj: 37)
-
Semoga Aidiladha kali ini,
Bukan sekadar menyembelih haiwan…
Tetapi kita juga “menyembelih” kebergantungan kita kepada sistem yang bukan daripada Tuhan.
Dan lahirkan keberanian… untuk menjaga amanah paling besar; iaitu anak kita sendiri.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Selamat Hari Raya Aidiladha.
#Aidiladha1446H #BerkorbanDemiKebenaran #KesedaranVaksin #sharingbynfam





