Pendidikan Bukan Hanya di Sekolah: Homeschooling dan Peranan Ibu Sebagai Guru Pertama

Ramai yang masih beranggapan bahawa sekolah adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan ilmu, sebagaimana mereka menyangka bahawa ubat moden adalah satu-satunya cara untuk sihat. Namun, melalui homeschooling, anak-anak juga boleh belajar dan mendapat ilmu. Rumah adalah madrasah pertama seorang anak.

Sekolah itu cuma alat, bukan matlamat.
Ramai orang masih terikat dengan cara fikir lama.
Masih sangka…
Sekolah itu satu-satunya tempat anak-anak boleh dapat ilmu.
Satu-satunya jalan supaya anak ‘jadi orang’.
Satu-satunya ukuran kejayaan masa depan.

1.
Sebagaimana mereka menyangka suntikan itu satu-satunya cara untuk kebal,
Ubat moden itu satu-satunya jalan untuk sihat,
Begitulah juga mereka sangka sekolah itu satu-satunya tempat menuntut ilmu.

2.
Sedangkan ilmu Allah…
Tak pernah terkurung di dalam empat dinding kelas.
Tak pernah tertakluk pada silibus yang disusun manusia.
Tak pernah menunggu loceng untuk mula.
Ilmu Allah luas tak terjangkau,
Dan boleh hadir di mana-mana, bila-bila masa; kalau hati kita terbuka.

3.
Ada anak belajar lebih baik bila duduk bersila di pangku ibunya.
Ada anak belajar tentang sabar, kasih sayang dan pengorbanan hanya dengan melihat ibunya mengurus adik kecil.
Ada anak belajar tentang dunia dengan memijak rumput, bermain tanah, dan memerhati semut.
Ada anak yang bila kita beri ruang untuk dia belajar ikut rentaknya sendiri…
Barulah dia mula bercahaya.

4.
Rumah itu madrasah pertama seorang anak.
Dan ibu,
Ibu adalah guru pertama.

5.
Tangan ibu yang mengusap kepala sambil mengajar huruf hijaiyyah,
Itulah tangan yang mencetak generasi.
Lidah ibu yang membisikkan doa setiap pagi,
Itulah kekuatan ghaib yang Allah izinkan untuk melindungi anaknya.

6.
Homeschooling bukan bermakna anti sekolah.
Tapi homeschooling adalah kefahaman bahawa pendidikan itu bukan bermula di sekolah; tapi di rumah.
Dan bukan semua anak sesuai untuk dikotakkan dalam sistem yang seragam.

7.
Ada anak yang tak sesuai duduk diam 6 jam di kerusi.
Ada anak yang jiwanya merdeka; tak boleh disumbat dan dipaksa.
Dan kita sebagai ibu bapa, kena mula terima hakikat ini.

8.
Tak mengapa jika kita pilih jalan yang berbeza.
Tak mengapa kalau orang pandang pelik.
Yang penting kita yakin…
Kita sedang berusaha memberi yang terbaik untuk anak-anak yang Allah amanahkan.

9.
Kerana di akhirat nanti,
Yang Allah tanya bukan berapa A anak kita.
Tapi adakah kita benar-benar menjadi guru untuk mereka?
Adakah kita membimbing tangan kecil mereka menuju reda-Nya?

10.
Semoga kita tak terlepas pandang hakikat ini.
Bahawa mendidik anak,
Lebih besar dari sekadar mengejar sijil dan ranking.
Apa pun ini hanyalah sudut pandang yang berbeza. Tiada siapa yang betul atau salah kerana masing-masing lebih tahu apa yang terbaik untuk anak sendiri. Lain orang lain caranya dan yang penting kita saling hormat menghormati pendirian masing-masing.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply