Gigih semalam dia dengan anak dara dia siapkan air buah tembikai untuk geng basikal LDB yang menyertai kayuhan hari ni sempena 100 Tahun Bukit Fraser (1919 – 2019).
Dari rumah kami ke Fraser Hill sangat dekat tak sampai sejam kalau dengan kereta. Tapi nak naik atas tu boleh tahan juga dia punya selekoh dan bukit bukau.
Semoga semua team basikal mengayuh dalam keadaan yang selamat. Sebelum ni ada yang terlibat dengan eksiden (jatuh sendiri) dan terlantar lama juga di hospital.
Kali ni dua anak lelaki menyertai program ni bersama ayah mereka.
#BukitFraser100Tahun #VisitPahang #MacammacamAda #NfamAndKids







