Pernah tak ?
1000 kali kita sabar dan berdiam diri.Tapi kali yang ke 1001 kita bersuara, lalu si polan dan si polin berkata ” tak sangka perangai macam ni, bla bla (membawang). Ada yang tiba-tiba muncul, dan ada yang kenal sekadar kenal tapi sibuk menilai.
Masa sabar 1000 kali dia tak memuji. Masa nampak buat 1 salah dia menghukum.
Kesimpulannya, selagi kita tahu apa yang kita buat kerana mmpertahankan hak kita dan hak orang lain, pedulikan mulut-mulut yang tak boleh ditutup ini. Percayalah, orang boleh berkata apa sahaja, sebab mereka bukan berada dalam situasi kita.
Apa yang penting berserah kepada Allah swt. Fikirkan penilaian yang Maha Esa, bukan manusia biasa.
Usah biarkan fokus terganggu dengan perkara tidak berfaedah. Biarkan ia pergi seperti angin lalu.