Skip to main content

Yang memerintah kita ni boneka ke sekarang? Macam tak ada perasaan.
1. Tempat yang jadi punca kes tinggi tak ditutup, tapi yang lain dipaksa tutup.
2. Rakyat kena kurung, walaupun berada di tempat yang tiada kes atau kes sangat rendah.
3. Negeri yang kes tinggi, hidup macam biasa. Walaupun ada juga dibuat PKPD di sini, tapi kes terus tinggi sebab – baca semula nombor 1.
4. Buat macam dulu, ada negeri PKPB, PKP dan PKPP, bukan pukul rata semua kena PKP
5. Nama je total lockdown, langsung tak bagi impak pada penurunan kes.
6. Mohon letak jawatan dan beri pada yang lebih pakar uruskan. Biar pemimpin yang lebih agresif dan berakal memerintah pula.
7. Nak teruskan PKP juga? Bagi gaji pada yang terjejas sebagaimana anda yang buat dasar ni dibayar gaji walaupun duduk rumah, nak suruh PKP bergaji insyaallah ramai sanggup,bukan sekadar bantuan tak seberapa.
8. Mereka yang terjejas bukan sekadar perlukan duit untuk makan, tapi untuk bayar komitmen mereka.
9. Jangan angkuh dan sombong sangat macam pihak tertentu je ada solusi untuk selesaikan masalah ni, dengar saranan dari pakar dan suara rakyat.
10. Tak guna jadi pemimpin kalau sekadar jadi rigid, ikut buku dan macam tak ada common sense. Pemerintah yang menzalimi dan penyokongnya sila takutkan dosa. Rasa dulu macam mana situasinya bila terjejas, baru sembang!
Nfam,
Suara rakyat marhaen, suara yang semakin dipinggirkan. Apa yang penting adalah KUASA.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply