15hb Jun mak saya vaksin dos pertama.
Balik dari vaksin dia pening, nak pitam, nak muntah, sakit kepala sampai keesokan hari. Dari hari pertama bertahan dengan ubat tahan sakit.
Lepas tu demam pulak.
Kesihatan merosot lepas kena vaksin.
Sekarang dia demam lagi dan lemah sakit sana sini.
Mungkin vaksin untuk orang lain elok je, tapi untuk setengah orang kesannya sangat teruk. Bukan semua orang nasib sama.
Kepada pihak yang berkenaan, tolong bertanggungjawab terhadap AEFI ye. Kat Malaysia ni kalau bunyi pasal vaksin mulalah kena cop antivaksin. Tolonglah matang. Vaksin ni suci sangat ke sampai tak boleh dikritik langsung?
Mak saya ke klinik kerajaan sebab dah serasi dengan ubat dan menolak untuk ke swasta kecuali bila perlu je. Tapi saya bawa dia jumpa pakar buah pinggang setahun sekali, pakar untuk masalah buah pinggang dan kencing manis 3 bulan sekali. Pakar mata 4 bulan sekali. Semua ni kat swasta selain dia ada appointment dengan kerajaan tu. Total 4 doktor pakar swasta.
Report kesihatan yang terkini pun ada dan keadaan dia stabil je selepas swasta dapat detect yang dia sakit sebelum ni sebab apa sebenarnya. Sebab tu saya suka ada second opinion kalau bab kesihatan.
Saya cerita ni sebab nak bagitahu mak saya ok je sebelum vaksin. Sekarang ni yang tak ok.
Saya cuma berharap mak saya cepat sembuh. Kalau tak ok, maaf, saya tak boleh nak redha tak bertempat.
Mak saya vaksin atas kerelaan sendiri, jenis saya, tak suruh dan tak larang. Sebab tak nak dipersalahkan jika jadi apa-apa. 😌
Nfam,
Sekadar luahan. Bukan antivaksin.