Skip to main content

Ini bukan ayam KFC.

Ini ayam goreng Mohd Selodi Md Ghazali punya resepi.
Sedap dia sampai tambah makan tadi.
Mujur penimbang memang tak ada dah depan mata. Makan tak ingat apa dah. Hehe

Tapi memang sedaplah ayam goreng ni. Anak – anak request ayah diorang buat sebab air tangan dia bab ayam goreng ni memang lain macam sikit.

Dulu masa zaman sekolah dia pernah tolong saudara jual ayam goreng masa cuti sekolah di Jengka 19. Cari duit untuk belanja nak buka sekolah nanti.

Masa zaman kecik saya di Jengka 21. Katanya masuk juga jual di situ.

Mungkin kami pernah bertemu sebab saya memang suka beli ayam goreng dekat pekan sehari. Tapi saling tak kenal la kan. 😅

Kalau dengar kisah dia susah,memang patutlah dia jadi kuat.

Tapi susah juga.

Bila kita yang terlebih menonjol orang ingat semua atas kita.

Partner saya yang special ni jenis tak berapa suka menulis dan tak nak menonjol sangat.

Tapi kalau tak ada dia tak adanya saya boleh buat bisnes laju. Semua atas dia. Dan banyak benda kami akan berbincang dulu.

Di sebalik kejayaan seorang wanita , ada seorang suami di belakangnya.

Hargailah pasangan kita selagi masih ada. ❤️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply