“Betul ke ni mak tak yah ikut? ”
Banyak kali mak tanya.
Dari berpantang sampai baby dah 2 bulan mak bantu jaga saya dan baby serta anak – anak lain.
Sedangkan sebenarnya saya dah rancang nak ambil pakej berpantang siap dengan pakej makanan sekali.
Baru je nak merasa dilayan bak permaisuri.🤭 Haha
Taklah, mana boleh sama dengan layanan mak kita sendiri.
Saya sebenarnya tak nak menyusahkan dia. Sebab dia dah tua dan tak larat.
Tapi mak tetap nak jaga juga.
Itulah kasih sayang seorang ibu kan yang sayangkan anaknya.
Semasa arwah ayah sakit dia pun sakit. Lepas arwah pergi sakit dia makin teruk tapi dia berusaha untuk sihat katanya sebab nak jaga saya nanti.
Saya pun bantu mak sihat bawak dia buat rawatan. Alhamdulillah dipermudahkan oleh – Nya.
Sebelum saya nak bersalin dia dah sihat sikit.
Banyak yang mak bantu.
Tapi alhamdulillah encik suami pun banyak kurangkan kerja-kerja mak. Jadi mak taklah penat sangat.
Cumanya biasalah orang tua, mana nak duk diam.
Kitalah yang risau.
Dia suka buat kerja.
Banyak dah mak lalui dalam hidup dia.
Jadi kalau boleh biarlah usia tua ni mak tenang – tenang aje.
Sekarang kami dah urus sendiri anak-anak semula.
3 putera dan 3 puteri diamanahkan. Satu tanggungjawab yang besar.
Insyaallah apa jua yang terjadi akan cuba kami lalui bersama.
Terima kasih pada mak, adik, adik ipar, saudara mara dan semua yang sudi membantu di saat memerlukan.
Memang hidup ini kita saling memerlukan. Kita sumbangkan ikut kemampuan.
Ada wang sumbang wang, ada tenaga sumbang tenaga, ada masa sumbang masa, ada idea sumbang idea.
Saling melengkapi.
Tak tahulah apa yang saya tulis ni sampai ke tak mesejnya.
Saya pun tulis apa yang terlintas di hati sementara nak tunggu mati sementara (tidur).
Jom jadikan setiap hari adalah hari yang bermakna.
Jangan fikir apa nak dapat esok, tapi apa yang aku nak beri esok.♥️