Skip to main content
kesihatanUmum

Berbekam sebagai rutin umat Islam

Berbekam sebagai rutin umat Islam
Seperti yang kita tahu bekam adalah salah satu kaedah alternatif dalam perubatan Islam. Dulu saya sendiri seram nak buat. Berapa kali dah kawan ajak,suami ajak tapi seram. Saya duk bayangkan sakit kena toreh. Hehe
Suami memang dah bertahun rajin bekam konsisten setiap bulan. Dia ada jadual dia sendiri. Kalau terlupa mesti dia akan ingat sebab badan dia macam bagi signal je kat dia.
Tahun lepas saya kuatkan semangat untuk bekam sebab rasa rugi tak berbekam. Maka buat pertama kalilah saya bekam tahun lepas. Kali kedua anak sulung perempuan pun sibuk nak berbekam juga. Anak sulung lelaki memang dah beberapa kali pernah ikut ayahnya berbekam.
Bagus dapat bagi pendedahan awal pada anak-anak supaya mereka kenal apa itu berbekam dan amalkan sepanjang hayat.
Malam tadi kami berbekam anak beranak pertama kali untuk tahun ini. Sebenarnya ada tarikh-tarikh yang baik untuk berbekam ni. Boleh rancang lebih awal dan booking dengan orang yang buat bekam tu.
Saya suka jenis orang bekam datang rumah sebab lebih privacy.
Kalau orang yang tak sihat boleh bekam 5-6 bulan direct lepas tu jarakkan 2 -3 bulan sekali. Orang yang sihat boleh berbekam 2-3 bulan atau 3-4 bulan sekali. Jom kita hidupkan sunnah berbekam.
Siapa sini tak pernah berbekam baik mengaku cepat jangan malu😁

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply