Semalam jumpa geng homeschooling
Jenuh juga anak-anak nak pecah tembok salam perkenalan sesama mereka tu. Syaimah susah sikit kalau orang yang dia baru kenal. Tapi bila dah kenal hai dia yang lebih-lebih. 
Geng girl beberapa orang je semalam geng boy ramai sikit.
Syibi pulak dapat kawan sebaya.
Bukan main lama diorang grounding dan swimming sambil sunning. Tapi cuaca semalam redup cahaya matahari tak begitu menyerlah. Yang best sebab hari biasa lokasi tu tak crowded dan more privacy.
Ok la untuk permulaan berkumpulan. Belajar bergaul dan skill lain yang dapat secara tak langsung.
Suami kata “ lain betul budak-budak ni sopan dan baik je”
Ye memang perasan diorang behave sangat.
Insyaallah nanti join lagi program komuniti HS yang lain.
Gambar mereka saya tak ambil sebab jaga adab kenal orang baru,takkan nak post tanpa kebenaran kan





