Skip to main content

Mati-mati ingatkan dia awet muda sebab rupanya seperti wanita 50-an yang nampak muda. Rupanya dia memang muda, baru 33 tahun.
Viral lagi. Kes pukul anak perempuan umur 16 yang sudah berkahwin.
Tak berani nak komen lebih – lebih sebab hanya Allah yang tahu kebenaran.
Hidup ini tak lama, kita ni pahala tak banyak, usah ditambah dosa. Baca senyap-senyap, ambil pengajaran dan komen yang baik sahaja sebab setiap apa yang kita tulis juga akan dihisab.
Siapa kenal saya ber Facebook sekitar 2010 – 2014 tahu kot dulu saya kurang tapis juga tulisan dan penulisan saya boleh menimbulkan kekeliruan walaupun niat saya baik, tapi bila dah berumur ni saya belajar yang kita perlu berhati – hati menulis di media sosial.
Sebab bukan semua orang boleh faham mesej yang nak disampaikan dan mereka juga tak kenal kita di luar. Jadi saya memilih untuk menulis biar tak timbul fitnah dan elak orang kecam mengecam di status.
Nfam,
Tak nak dosa kering, dosa basah pun dah banyak.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply