Assalamualaikum wbt semua
Selamat pagi
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua ye. Amin
Siapa dengar perutusan petang semalam? Dengar cerita PKP dah di rebranding dengan nama baru eh? Fasa fasa ke apa? 😅
Buat PKP bagai nak rak, lepas tu konon total lockdown yang tak berapa nak down kan kes?
Sebenarnya kerajaan sekarang ni berjaya kawal kes ke tak?
Tak nak sebut kerajaan gagal nanti ada yang komen rakyat yang gagal patuh SOP (macamlah dia ada data pasal ni😏). Memang tak dinafikan ada jenis macam ni, balik kampung ikut suka hati dan ke sana sini.
Tapi kan dah lockdown, syarat lebih ketat. Dah 2 minggu + 2 minggu.
Kenapa kes masih tak turun dan nak buka rentas negeri hanya pada November?
Hebat perancangannya.
Jadi rakyat semua kena kurung lagi berbulan? Lepas tu bagi lepas sekejap dalam sebulan dua, kasi kes naik, buat PKP balik?
Pening tengok cara pengurusan Covid-19 kat negara ni.
Negeri lain patut tiru negeri Pahang.
Pahang sentiasa kekal negeri yang kes tak banyak. Macam yang terbaru ni, kes menginjak ke angka 1k lebih, dia terus buat PKPD bersasar.
Bentong yang kes baru 3 angka dia cepat-cepat sekat. Memang ada yang marah sebab tegas sangat. Tapi ada kebaikannya di situ.
Kes turun mendadak. Alhamdulillah
Lepas tu kerajaan Pahang bukanlah zalim. Dah confirm kawasan PKPD tu kes memang dah turun, dia tak cukupkan 2 minggu buat PKPD, dia habiskan lebih awal.
Inilah contoh yang boleh diikuti.
Kalau banding dengan Selangor, dia silap tang benarkan banyak sektor ekonomi buka sebab kluster banyak dari kilang.
Kerajaan Selangor boleh tiru style Pahang.
Rindu weh nak duduk rumah kat Selangor tu. Sampai bilalah nak ulang benda sama untuk hasil berbeza?
Kalau benda ni masalah dalam company senang je seorang CEO boleh settle kan.
Tapi bila melibatkan kerajaan.. bilalah nak ubah sikit cara berfikir tu? Ketinggalan sangatlah.
Jom kita berpkp sampai.. sambung lah sendiri dalam hati. Huhu

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply