Skip to main content

Tak penting sangat kadang pencapaian diri kita,sebab apa yang lebih penting ialah apa manfaatnya yang kita dapat beri pada orang lain.

Ada orang buat bisnes untuk dirinya sendiri.

Ada orang buat bisnes supaya dia boleh berkongsi manfaat bisnes itu bukan sahaja pada pengguna tetapi mereka yang menjadi wakil jualan atau pengedar.

Pengedar ini adalah orang yang sama-sama dalam sesebuah syarikat atau jenama yang menumpang rezeki.

Kebanyakan mereka sendiri berasal dari pengguna yang berpuas hati lalu ingin berkongsi manfaat yang mereka dapat dari segi penggunaan produk dan dari segi manfaat sebagai pengedar.

Ada banyak jenama di luar sana. Ada yang hebat sangat billboard merata dan viral sana sini.

Kami di Asmak mempunyai pendekatan yang berbeza kerana itu alhamdulillah kami masih bertahan selepas hampir 5 tahun di pasaran.

Kami bergerak tanpa sebarang suntikan dana mahupun geran.

Saya melihat ramai sahabat-sahabat bisnes yang dikenali mahupun kurang dikenali oleh saya yang mendapat banyak bantuan dana dan geran,alhamdulillah,itu rezeki mereka. Tapi sayang,entah di mana silapnya susah untuk mereka pergi jauh dan seringkali tersungkur dan langsung tak boleh nak bangkit.

Jika ada yang bangkit,mereka tidak lagi buat bisnes yang sama macam dulu,tapi beralih arah.

Sebenarnya saya lebih suka tidak berharap pada bantuan-bantuan sebegini sebab ianya mengajar kita untuk lebih berdikari dan berdaya saing.

Ramai orang mengatakan masalah mereka untuk berjaya adalah modal.Inilah silap paling BESAR sebenarnya.

Jika hari ini,saya berikan anda bantuan kewangan sebanyak RM10k untuk memulakan perniagaan,anda yakin ke anda boleh berjaya dalam bisnes ?

Tak mustahil,tapi dari pemerhatian saya sendiri,ramai di antara peniaga yang membuat pinjaman dari Axx, Txxxx yang tak boleh pergi jauh. Ada,tapi tak ramai. Bagus jika kita ada data dari pihak ini untuk kita lihat sendiri.

Malah ada yang dapat duit bantuan beli hp baru, pergi bercuti, pinjaman tetap kena bayar. Mereka yang berniaga pun sekadar melepaskan batuk di tangga.

Masalah utama bukanlah modal,tapi ilmu. Anda perlu tambah ilmu di dada dan melalui sendiri proses keusahawanan itu sendiri kerana secara teori memang segalanya indah.

Proses yang anda lalui ini yang akan menjadi modal berharga untuk anda melangkah lebih jauh. Bukan modal kewangan faktor kejayaan anda.

Sebab itu di Asmak,kami mempunyai sistem untuk seseorang itu berkembang dari agen biasa sehingga mencapai level yang lebih tinggi. Semua itu perlukan ilmu dan modal bukan masalah utama.

Ada ilmu,modal bukan masalah lagi.

“Saya nak meniaga tapi tiada modal ”

Tolong jangan sebut begini.

Sebab ada orang yang jenis berterus -terang, boleh jawab begini pada anda “Senang saja,tak perlu berniaga”

Nampak kejam kan?

Hakikatnya,jika itulah kenyataannya (nak berniaga tapi bagi alasan modal)- di sini anda sudah gagal memahami tentang apa itu konsep bermula dengan apa yang ada dulu. Mulakan dengan kecil-kecilan dengan apa yang anda ada di tangan. Belajar sikit-sikit dan besarkan perniagaan.

Itu cara kita berkembang.

Semoga bermanfaat.

Nfam,
Bermula dengan apa yang ada.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply