Skip to main content

Minggu yang havoc tapi puas hati

Macam biasa,hari sekolah urus anak-anak 6 orang. Si kecil makin lasak dan aktif. Letihnya pun berganda sikit sekarang.

Tapi insyaAllah dengan pengurusan masa dan diri yang betul,kita taklah stress sangat.

Isnin sempat meeting dengan team marketing. Balik KL dan macam biasa rutin di sana ada beberapa appointment juga.

Jumaat balik Bentong,selepas hantar anak terus ke ofis untuk meeting minggun.Balik semula ke rumah dan malamnya ada perjumpaan santai dengan team Fateen Aten. Alhamdulillah seronok dapat mengenali mereka semua. Ini pun ada yang tak dapat datang, kalau tak lagi meriah.

Asalnya kami ke Secret Recipe,tapi terpaksa tempah dulu dan menuju ke bilik mesyuarat di HQ sebab orang agak ramai dan sukar nak berbual.

Segalanya berjalan lancar dan dihabiskan sebelum tengah malam. Surfina pun dah buat hal sebab tak cukup tidur. 😅

Esok tu pagi-pagi Sabtu dah bawa mak ke hospital Pusrawi dan berehat sekejap di rumah sebelum petangnya ke Qasar Balqis untuk berjumpa dengan team Zuraidah Zainuddin dan Farid Aspar.

Ramai otai ni dan tak puas berjumpa kata mereka. Dah minta mereka pecahkan ikut zon daerah untuk perjumpaan akan datang untuk memudahkan lebih ramai untuk hadir .

Baru kongsi santai dah katanya banyak dapat ilmu. Belum lagi mengadap betul-betul tu.Hehe.

Hobi saya jumpa agen dan stokis. Next insyaAllah agenda seterusnya di pelancaran Centre di Melaka dan meeting KG1 yang saya rancang hujung bulan ini di Surya Hot Spring Bentong.

Program online berjalan seperti biasa.

Lebih ramai anak,lebih efisien kita insyaAllah.

Kalau anak saya dah besar,mesti orang kata bolehlah anak dah besar-besar .

Kalau saya tak pernah bekerja,mesti orang kata bolehlah tak kerja.

Kalau saya tak jaga orang tua sakit,mesti orang boleh kata bolehlah tak ada orang sakit.

Kalau saya tak ada anak istimewa,mesti orang boleh kata bolehlah tak ada anak istimewa.

Apa lagi ye alasan klise yang selalu didengari ?

Gaiss,jangan sabotaj diri kita sendiri. Orang yang suka beri alasan ni sebenarnya hanya menganiaya diri sendiri sahaja.

Pokoknya,nak ke tak nak?Jangan main tarik tali. Nak,buat cara nak. Tak nak,jangan buat.

Bisnes ni hanya untuk orang yang sabar,kental dan tak rebah dengan cabaran. Setiap kali jatuh dia bangkit lagi tinggi.

Teruskan usaha dan berserah pada Dia.

Wajib boleh.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply