Skip to main content
Keluarga

Berusaha sehabis daya, selebihnya berserah kepada Allah

Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Kepada yang bertanya saya update di sini ye.

Ok sikit dari hari tu tapi doktor kata ada masalah usus. Situasi sekarang disebabkan faktor umur pembedahan sangat berisiko. Jadi doktor sedang mengenalpasti apa solusi terbaik. Sekejap lagi kena buat CT Scan.

Masuk hari ni dah 7 hari tak makan. 3 hari kat rumah tak boleh makan dan tak nak makan. Dekat hospital minta nak makan tapi kami tak dibenarkan bagi sebab doktor minta ayah berpuasa. Kesian dia. Semoga cepat-cepat baik dan boleh makan.

Minggu ni terpaksa korbankan persekolahan anak-anak. Yuran sekolah mereka sebulan dekat RM3K. Tapi apalah nilainya dibandingkan dengan ayah kita yang tidak akan ada gantinya.

Saya dua beradik sahaja. Adik lelaki saya yang banyak jaga ayah. Tapi takkan saya nak tinggalkan mereka dalam situasi sekarang kan. Sebab ayah saya dan mak dah lama bercerai. Kadang bila dua-dua sakit kami terpaksa bahagi dua. Saya jaga mak, dia jaga ayah. Bila seorang yang sakit kami cuba jaga sama-sama. Tapi dengan tanggungjawab saya yang lebih besar, adiklah yang selalu diharapkan. Saya bantu segi lain.

Jika berterusan, minggu depan kami mungkin akan berulang Bentong – KL setiap hari untuk memantau keadaan ayah. Jika perlu kami akan bawa ke hospital swasta pula untuk second opinion.

Semoga ayah cepat baik dan sembuh. Impian saya nak tengok dia berjalan belum tercapai lagi ni. Jika ada pusat rawatan yang buat terapi sepenuh masa untuk pesakit stroke tolong rekemen kat saya ye.

Ceritanya ayah ni dah strok dekat 7 tahun dah. Tapi dia tak nak bagi kerjasama untuk sihat. Puas pujuk dia memberontak dan orang datang rumah pun dia halau. Jadi jalan terbaik dia perlu tinggal di satu tempat yang boleh menjaga dia untuk bantu berjalan. Dengan kami dia akan banyak kerenah.

Berserah pada yang Esa. Kita hanya mampu berdoa dan berusaha.

Nfam,
Akan berusaha yang terbaik dan selebihnya bertawakal.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply