Skip to main content

Saya jarang nak cerita ni.

Tapi bila ternampak gambar ni di hp en suami, saya teringat sesuatu.

Selalu kan orang kata suami tak pandai jaga anak, selalu mengelak, bla bla bla.

En suami saya kalau orang tengok dia orang akan ingat dia jenis garang dan kasar.

Tapi ada satu benda yang orang tak tahu. Dari anak 1 sampai la 5,dia boleh jaga mereka tanpa ketiadaan saya. Contoh kalau saya kursus ke, kelas ke dan sebagainya.

Semua dia boleh, dari mandikan anak, bagi pakai pampers, bagi makan, siap boleh tadah muntah anak lagi 😂. Saya pun kalah bab ni. 😩

Kadang kesian tengok orang baru anak seorang tapi macam anak 10. Huhu.
Sebenarnya atas kita juga, cara pengurusan anak tu penting dan juga mindset. Kalau mindset anak itu menyusahkan dan susah urus, memang akan stress dan tak minat nak jaga.

Jadi kita janganlah menilai orang dari luaran je tau. Nampak lelaki tu gentleman belum tentu dia seorang yang penyayang dan boleh bantu isteri. Yang nampak ganas belum tentu tak penyayang dan tak bantu isteri.

Banyak dah kes tengok lelaki tu nampak baik betul, bercakap pun sopan . Rupanya kaki pukul, kaki ganja dan sebagainya.

Apa eh nak cerita sebenarnya.

Oh. Sebenarnya saya nak tunjukkan gambar ni. Ayah dia yang siapkan si kecil ni dan bawa mereka keluar, saya tak dapat ikut. En suami memang suka bawa anak-anak berjalan.

Saya memang dah sakit mata masa dia whatsapp gambar tu. 😅

Dalam hati, adui, baju senget, rambut serabai, posing macam belum siap..bla bla bla

Biasalah kan. Dah nama pun orang lelaki. Kadang pakai baju tidur waktu siang, seluar dan baju tak matching langsung tu biasa.

Tapi bukan itu ukurannya. Yang penting dia cuba buat yang terbaik yang dia boleh. Dapat suami macam ni hargailah, jangan ambil kesempatan pula. Sama-sama kena tolong. Jangan bagi dia je jaga anak,ini tugas bersama.

Usaha dia untuk meringankan beban kita itu sudah amat memadai dan harus disyukuri. Saya tak pernah paksa en suami buat semua ni. Semua dia sendiri yang sukarela.

Cerita ni bukan motifnya nak menunjuk ke apa. Saya cuma nak bagi cerita positif untuk pasangan muda di luar sana. Risau dengan kadar penceraian yang agak tinggi.

Jangan salah sangka! 😊

Nfam,
Biar tak romantik, tapi menyejukkan hati. Isteri bahagia, suami murah rezeki.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply