Tekanan Terhadap Hak Mak Ayah Dalam Membuat Keputusan Kesihatan Anak

 

Kadang-kadang saya hairan…

 

1. Bila mak ayah menolak, bukan main dihantar satu pasukan.
Suruh hadir kaunseling,
suruh jumpa doktor,
suruh jumpa pakar,
seolah-olah mak ayah itu membuat dosa besar.

 

2. Tapi bila mak ayah mengadu anak terkesan selepas vaksin;
tiba-tiba semua senyap.
Yang lantang tadi hilang.
Yang kononnya prihatin tadi buat-buat tidak mendengar.

 

3. Inilah wajah sebenar double-standard.
Bila kita menolak, mereka bersuara.
Bila anak kita sakit, mereka menafikan.

 

4. Aneh.
Bila kita menjaga hak sendiri, kita dipanggil degil.
Tapi bila mereka mengabaikan tanggungjawab;
mereka memanggilnya “prosedur”.

 

5. Hakikatnya,
kita tidak wajib tunduk pada tekanan.
Kita hanya perlu tunduk pada amanah kepada anak kita sendiri.
Dan amanah itu tidak pernah menyuruh kita diam bila sesuatu tidak kena.
Saya selalu ulang perkara sama:
yang menjaga anak itu kita. Yang menanggung akibat juga kita.

Jadi jangan biarkan sesiapa pun memaksa, memalit rasa bersalah, atau memusingkan keputusan kita.
Kerana akhirnya,
yang paling keji ialah apabila suara mak ayah dipadamkan,
tetapi suara yang memaksa dibesarkan.

Begitulah…

Bila menolak, mereka datang beramai-ramai.
Bila anak sakit, semua hilang tanpa jejak.
Realiti ~

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply