Bila Mak Ayah Tolak Rawatan: Tekanan Pun Bermula
-
Bila seorang ibu atau ayah membuat pilihan untuk menolak apa-apa rawatan atau prosedur untuk anak mereka; itu bukan satu jenayah. Itu merupakan hak yang diberikan oleh undang-undang, etika perubatan, dan agama.
-
Namun realitinya, apabila seseorang memilih jalan yang berbeza daripada arus majoriti, mereka mula menjadi sasaran. Mereka mula didesak, diasak, dan “diasuh” kembali supaya mengikut apa yang orang lain lakukan.
-
Ada yang disuruh hadir berjumpa doktor. Ada yang diarahkan bertemu pakar. Ada juga yang di“kaunselingkan” seolah-olah pilihan mereka adalah satu kesalahan besar.
-
Mereka yang lemah mental, tidak biasa dengan tekanan, dan tidak terbiasa berdiri atas kaki sendiri; mudah terperangkap dalam permainan psikologi itu. Akhirnya mereka berpatah balik, bukan kerana yakin, tetapi kerana takut dan kalah dengan tekanan.
-
Sedangkan hakikatnya: tiada sesiapa boleh memaksa keputusan yang melibatkan tubuh badan dan anak kita. “Informed consent” bukan sekadar slogan, ia merupakan prinsip asas dalam bidang perubatan seluruh dunia.
-
Jika kita tidak mahu hadir sesi kaunseling; itu adalah hak kita. Jika kita tidak mahu berbincang lagi; itu adalah hak kita. Jika kita mahu menghentikan perbualan; itu juga hak kita. Tiada undang-undang yang menyatakan kita wajib hadir hanya kerana orang lain “tidak berpuas hati” dengan keputusan kita.
-
Kita tidak perlu berasa bersalah. Kita tidak perlu menjelaskan keputusan berkali-kali. Kita tidak perlu tunduk pada tekanan sosial. Sebab anak itu adalah amanah kita, bukan amanah mereka.
-
Dan keputusan seorang ibu atau ayah yang dibuat dengan ilmu, pertimbangan, serta doa, selalunya jauh lebih jujur daripada keputusan yang dibuat kerana takut dilabel atau dipaksa.
-
Ingat satu perkara: hak yang tidak dipertahankan akan dipijak. Apabila kita tahu hak, orang tidak boleh sesuka hati menekan kita.
-
Jadi jika ada sesiapa yang cuba mempersoalkan pilihan kita; ingatkan diri sendiri: Aku tidak buat salah. Aku cuma memilih hak yang memang aku ada.





