Bila Pandangan Berbeza Mengundang Fitnah: Realiti Menjadi Content Creator Tanpa Kepentingan Peribadi

 

Pagi tadi, ada seorang pakcik (akaun baru dua rakan; mungkin akaun palsu atau baru buat, tidak pasti) yang komen seperti ini:


“Dah-dah lah tu buat content nak kejar glamor dan keuntungan.”

Saya hanya diam. Sebelum ini pun dia sudah pernah komen yang sama, tapi saya abaikan.


Tidak lama selepas itu, pada hari yang sama, seorang pengguna Thread pula memuat naik satu posting yang mengutuk saya serta memfitnah, malah mengaitkan saya dengan bisnes saya dengan niat untuk menghasut orang lain supaya memboikot saya.

Bila siasat, rupa-rupanya dia juga berniaga dessert dan katanya bekerja sebagai doktor locum.


Apa persamaan mereka berdua ini?


→ Mereka panas bila saya bercakap tentang vaksin dan perkara-perkara berkaitannya.


Masalahnya, kenapa perlu tuduh saya kejar glamor dan keuntungan?
Kalau saya benar mahu kejar dua perkara itu, lebih baik saya fokus sahaja pada bisnes-bisnes saya. Itu jauh lebih menguntungkan.

Ceritakan pasal vaksin dapat apa?

• Dapat kecaman
• Dapat hinaan
• Kawan-kawan pun ada yang unfollow
• Ada orang mulai menjauh

Berbaloi ke?

Apa keuntungan yang saya dapat?
Ada ke saya suruh orang beli atau support bisnes saya?


Saya sudah menjangka perkara ini akan menjadi isu.
Apabila orang tidak mampu balas fakta dan info yang saya kongsikan, mereka akan pilih untuk menyerang peribadi dan menyerang syarikat saya.


Hakikatnya, pandangan peribadi saya tiada kaitan langsung dengan bisnes saya.
Bisnes saya juga tiada kaitan dengan vaksin.

Jadi, apa masalahnya mahu kaitkan?


Sebenarnya saya telah lama berhijrah — sudah 7 tahun.
Selama 10 tahun berniaga, hanya 3 tahun pertama saya yang setup semua. Selebihnya, team yang uruskan. Saya hanya memantau dari jauh.

Saya pernah beritahu team:
“Saya tak boleh fokus lagi. Kalau ikutkan hati, saya nak tutup sahaja bisnes ini.”

Tapi bila memikirkan ada beribu orang yang menumpang rezeki, saya memilih untuk teruskan.
Pernah terlintas juga di hati mahu jual syarikat dan duduk kampung hidup tenang.


Kau fikir aku heran ke dengan harta dunia dan kesenangan?


Saya masih hidup seperti orang biasa.
Tidak ada beza pun berbanding dulu.


Tetapi Allah Maha Berkuasa.
Semakin kita tidak mengejar dunia, semakin Allah limpahkan rezeki.
Siapa saya mahu mendustakan nikmat-Nya?

Ketika saya bersedia untuk mengecilkan segala urusan, Allah masih beri ruang untuk berkembang.
Sampai bila? Saya sendiri tidak pasti.


Sebab itu ada manusia yang sentiasa berfikir untuk menjatuhkan.
Mungkin mereka sangka rezeki hanya satu.

Tapi ketahuilah:
Menjatuhkan syarikat Islam bukan jatuhkan seorang,
tetapi menutup pintu rezeki ramai pekerja dan keluarga mereka.

Dan biasanya bila kamu tutup rezeki orang lain…
pintu rezeki kamu pula yang akan tertutup.


Saya buat content di Facebook pun tidak monetize.
Saya tidak menghukum sesiapa. Semua orang ada sebab tersendiri.
Saya cuma bercakap tentang diri saya.

Jadi di mana saya buat duit?

Bukan daripada Facebook.
Saya tidak perlukan itu semua.
Allah sudah cukupkan segalanya.


Namun saya tahu — dalam diam, ramai yang tetap menyokong.
Terima kasih kerana kalian sebenarnya menyokong team kami juga,
yang sentiasa berusaha memudahkan urusan para pengguna.


Kepada yang tidak ada fakta, hingga memilih untuk menyerang peribadi:
Saya serahkan kepada Allah.
Pada masa yang sama, tindakan sewajarnya tetap akan diambil.

Dia kini private Thread dia.
Yang follow sahaja boleh nampak.
Saya tidak pasti dia padam atau tidak posting mengutuk dan memfitnah itu.


Dengar cerita orang Besut.
Tidak jauh dari kampung suami saya di Pasir Puteh.

Best juga kalau dapat berdepan dengan orang yang memfitnah…
Biar dia ulang balik apa yang dia tulis — depan-depan.

Boleh bayangkan?
Tak. Sebab setiap kali mahu berdepan, mereka akan block dan delete.
Jenis yang tidak fikir panjang, atau berani hanya di belakang skrin.


Saya teringat satu kes pemfitnah sebelum ini.
Sudah sampai tahap harta kena sita pun masih berdegil walaupun sudah kalah di mahkamah.
Orang kata sampai tinggal seluar dalam pun masih mahu menang cerita.


Semakin hari, makin ramai manusia berfikiran tidak betul di sekeliling kita.
Itulah antara ujian besar umat manusia akhir zaman.


Akhir kata,
kepada yang sentiasa like, komen, support, dan share supaya lebih ramai dapat info —
Semoga kita semua dirahmati Allah.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply