SIRI DIGITAL ID PART 2: ANTARA KEMUDAHAN DAN KAWALAN – DI MANA BATASNYA?

 

“Kami buat ini untuk memudahkan rakyat.”
Ayat itu selalu kedengaran manis, bukan?

Tetapi di sebalik setiap kemudahan yang ditawarkan, kadangkala tersembunyi satu bentuk kawalan yang kita tidak sedar sedang mencengkam perlahan-lahan.

Dulu, kita percaya kemajuan digital akan menjimatkan masa, memudahkan urusan dan menjadikan hidup lebih efisien.

Sekarang, semuanya mesti ada aplikasi, mesti daftar akaun, dan mesti log masuk menggunakan wajah.

Apa yang dahulu hanya pilihan, perlahan-lahan menjadi kewajipan.

Dan apabila tiba masanya, mereka yang enggan ikut serta mungkin tidak lagi boleh mengakses dunia yang mereka cipta.

Digital ID dikatakan untuk keselamatan.

Tetapi jika satu sistem boleh menjejaki, mengawal atau menolak akses kita hanya dengan satu klik; itu bukan keselamatan, itu penguasaan.

Hari ini, kita menggunakannya untuk urusan kerajaan dan beberapa urusan lain.

Esok, mungkin untuk membeli makanan, keluar rumah atau mendapatkan rawatan kesihatan.

Dan apabila semuanya disambungkan; kita bukan lagi pengguna, tetapi subjek yang dipantau.

Dalam dunia digital, kemudahan sering menjadi umpan.

Kerana manusia mudah terpesona dengan sesuatu yang “mudah”.

Kita tidak sedar apabila satu demi satu lapisan kawalan dipasang, sedikit demi sedikit, atas nama kemajuan.

Hari ini mereka meminta wajah.
Esok mereka akan menentukan langkah.
Dan lusa, mungkin mereka akan menentukan hidup siapa yang boleh terus berjalan.

Islam mengajar kita mencari keseimbangan.

Kemudahan itu rahmat, tetapi apabila ia digunakan untuk menarik satu demi satu kebebasan manusia; itu adalah fitnah.

Kita bukan anti-teknologi.

Kita hanya tidak mahu menjadi generasi yang menyerahkan seluruh hidup kepada sistem tanpa bertanya.

Kerana kemudahan yang datang tanpa batasan selalunya berakhir dengan kehilangan kebebasan.

Fikirkan sejenak:
setiap kali kita menekan “Setuju”, “Benarkan” atau “Daftar”,
adakah kita sedang menikmati kemajuan…
atau menyerahkan kunci kebebasan kita sendiri?

#sharingbynfam #awakening #iddigital

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply