Skip to main content

Ganti mak dia untuk seminar bisnes hari ni dengan ayah dia.

Mak tak boleh tinggal baby ni, nak menyusu badan direct je, pam masuk botol tak nak.

Terpaksa korbankan diri tak pergi seminar yang dihadiri 230 orang usahawan. Nak tahu seminar apa tengok ruangan komen.

Suruh ayah dia cari kawan untuk pergi dia cakap tak tahu nak ajak siapa. Bawak anak dara je la senang. Dia pun memang minat sangat bisnes.

19-21hb Disember nanti dia ada kem bisnes kat Hulu Langat. Mereka ada buat bengkel usahawan cilik juga. 4hb dan 10hb Disember. Info kat komen.

Kita bantu pupuk minat anak kita, insyaallah. Semoga menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain. Amin.

P/s : Geram pulak tengok muncung tudung dia yang tak jadi tu. Siapa pemakai tudung bawal yang tegar je faham. Dia belum tahu lagi teknik tiup tu. Hehe.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply