Skip to main content

KES STUDY 2 :

Bila tersalah kawan

Disclaimer :
Dalam kes study yang saya tulis,siapa tidak penting,apa yang penting ialah ambil pengajaran dan mesej dalam cerita untuk dijadikan panduan. Jika baik,ambil,jika tidak abaikan.

Kisahnya,

Ketika dia mula menceburkan diri dalam bisnes,dia sama sahaja seperti orang lain.

Kita panggil dia si B.

Si B masa tu tak keluarkan potensi diri dia. Dia tenggelam di sebalik kejayaan stokis yang lain. Tambahan si B mempunyai isu keluarganya juga yang perlu diutamakan.

Hari demi hari,si B hanya buat mengikut syarat sahaja,dan masih belum nampak potensi diri dia.

Leader sudah beberapa kali memberi hint dan teguran tapi nampaknya tidak diendahkan.

Si B juga banyak silent dalam group dan jarang muncul.

Sehinggalah satu peristiwa di mana si B melihat stokis-stokis yang dianggap hebat meninggalkan jemaah secara berpakat.

Kejadian ini menjadikan si B lebih tenggelam dan hilang dalam perasaannya yang bercampur baur.

Seolah-olah dia kehilangan kawan seperjuangan dan menjadi tak tentu arah.

Leader makan hati dan mula terasa hati. Di sini juga ada salah leader kerana tidak berterus terang secara personal. Masa itu leader tiada kekuatan.

Satu hari leader terluah pada anak buah si B tentang kekecewaan pada si B. Mujurlah anak buah ini seorang yang baik,dia bijak menegur si B dan si B cepat-cepat menghubungi leadernya dan mereka pun meluahkan perasaan dari hati ke hati.

Leader terus membuat teguran yang selama ini tak diambil kisah dan bagi si B nampak kesilapan diri dan apa patut dibuat.

Sungguh tak sangka,si B menerima dengan hati yang terbuka dan positif dalam erti kata yang sebenar.

Sejak itu si B terus mengorak langkah tanpa memandang ke belakang lagi.

Malah kejayaan si B jauh lebih baik dari orang yang pernah dikaguminya.

Kini si B semakin berjaya bersama teamnya

Kesilapan si B dulu

1. Kurang keyakinan diri
2. Tenggelam dalam kejayaan orang lain
3. Mengagumi orang yang salah

Kunci kejayaan si B

1. Sebaik sedar kesilapan dan ditegur, terus menerima dengan positif dan bangkit.

2. Sekali dia tersentap, dia jadikan ianya sebagai peringatan untuk buat yang terbaik.

3. Agresif mengejar kejayaan walaupun mampu beri banyak alasan.

4. Tak jemu belajar dan upgrade diri demi kejayaan diri dan team

5. Tegas dengan team dan mempunyai leadership yang bagus.

Semoga kisah ini memberi inspirasi dan pengajaran kepada anda.

Share jika bermanfaat.

Nfam~ Nor Fazilah Abd Mohd
Mentor & Leader kepada stokis dan agen

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply