Sepanjang 10 tahun dalam bidang bisnes,saya amat dekat dengan sistem agen dan stokis.
Saya sendiri belajar banyak sangat benda sepanjang perjalanan menempuh alam bisnes dan mengambil pelajaran serta memperbaiki banyak benda.
Disclaimer :
Dalam kes study yang saya tulis,siapa tidak penting,apa yang penting ialah ambil pengajaran dan mesej dalam cerita untuk dijadikan panduan. Jika baik,ambil,jika tidak abaikan.
KES STUDY 1
Memulakan bisnes dalam keadaan makan gaji. Seorang yang jenis suka membaca ,mencari ilmu dan buat terus.
Dalam masa yang singkat berjaya mempunyai beratus orang agen.
Walaupun menggunakan medium online,biasanya agen-agen yang nak jumpa,si A akan terus pergi jumpa,tak cakap banyak walaupun jauh dari lokasi.
Kadang agen tu agen biasa je,malah pelanggan pun sama,belinya belum tentu dan beli sikit pun semua dia layan jumpa sendiri,sembang dan bagi penerangan.
Empayar dia semakin membesar dan alhamdulillah,akhirnya dia boleh tersenyum sebab anak buah ramai yang menjadi.
Si A terpaksa beralih arah selepas syarikat bermasalah dan menceburi bisnes lain.
Si A berjaya dengan bisnes baru dan terus mengorak langkah.
Namun ada 2 kesilapan terbesar yang si A buat iaitu tak buat betul – betul database dan pengurusan kewangan juga ke laut.
Tiada siapa nak push si A sebab mentor pun sekadar tunggu orang membeli sahaja.
Jadi jika anda mempunyai leader atau mentor yang mengajar dan push anda buat database dan uruskan kewangan dengan baik, maka bersyukurlah.
Hasilnya anda akan nampak nanti.
Jadi si A memulakan bisnes baru dengan saki baki team, followers dan selebihnya adalah circle baru.
Si A tak bergantung pada fb personal, sebaliknya buat iklan berbayar dan cari seberapa ramai pelanggan. Dari pelanggan yang berpuas hati, dapatlah ramai agen.
Lebih 400 orang agen dalam masa tak sampai setahun buat bisnes baru.
Antara kunci kejayaan si A ialah :
1. Rajin membaca dan masuk kelas /seminar/program yang diperlukan
2. Jenis dapat ilmu buat terus
3. Agresif mencapai kejayaan sebab tu dia boleh dapat apa yang orang buat bertahun-tahun dalam masa kurang setahun
4. Buat networking
5. Menghormati orang yang berkongsi rezeki dan membina hubungan baik dengan owner bisnes
Semoga mendapat manfaat.
Share jika berguna sebagai rujukan.
Nfam ~Nor Fazilah Abd Mohd,
Mentor & Leader kepada stokis dan agen
Norfazilah.com