Sebelum jual apa-apa, cuba pastikan sekurang-kurangnya beberapa perkara di bawah.
1. Pendiri bisnes / owner /founder seorang yang mementingkan agama. Jika seorang wanita seharusnya yang menutup aurat dengan sempurna.
Zaman sekarang banyak sekali pendiri bisnes jadi penunggang agama. Sembang agama untuk lariskan produk tapi sebenarnya ianya wayang semata. Walaupun ditegur tetap berdegil menayangkan aurat.
Mereka juga lebih pada membalut aurat bukan menutup.
Tudung singkat, nampak kaki, macam dah jadi trend. Posing ala OOTD dan buat cerita best, ramailah yang puji.
Yang like, komen, share semua dapat saham dosa.
Allahu.
Elakkanlah.
2. Produk berdaftar
Berdosa jual produk tak berdaftar. Dulu saya pun pernah melakukan kesilapan ini sebab jahil, tapi sebaik tahu terus cuba patuh pada peraturan.
Produk homemade pun wajib berdaftar.
Nak daftar kena buat di kilang yang ada GMP. Baru ni ada yang bagitahu produk dia dalam proses daftar, tapi homemade buat di rumah sahaja. Sah menipu. Huhu.
Mana boleh buat di rumah jika nak daftar.
Atas dunia boleh didenda puluhan ribu, kat akhirat lagi kena.
Jangan buat main. Apa pun rujuklah dengan pakar agama untuk kesahihan. Saya pun dengar ceramah ustaz dari sebuah agensi kerajaan sebelum ni. Pendedahan begini jarang dan susah jumpa.
Sedih tengok orang sekarang jual apa – apa entah. Asal boleh jual. Benda lain semua tolak tepi.
Jangan pelik kalau sentiasa rasa tak cukup.
Tapi kalau kena istidraj lagi bahaya.
3. Sistem yang bagus untuk menyokong para pengedar untuk berbisnes dengan lancar.
Jangan salah faham tau.
Sistem bukan maksudnya sistem website yang canggih ke apa, tapi cara kerja dan peraturannya yang mesra pengedar dan memudahkan semua untuk berkembang, itu yang penting.
Apalah guna sistem canggih jika menyusahkan dan tak membantu perkembangan pengedar.
Kalau ada sistem canggih dan sangat berguna buat pengedar, itu bonus!
4. Sebaiknya biar dapat terus untung.
Contoh jual produk RM50, untung RM20.
Dapat terus untung RM20 tu berbanding sistem jenis nak bagi nampak dapat banyak benda sedangkan sama sahaja contohhnya
Untung RM10
Komisen RM5
Dividen /Bonus/point RM5
Wah nampak macam dapat banyaklah.
Padahal sama je RM20.
Kan bagus dapat semua terus.
Ini pandangan peribadi tau. Sebab dulu join MLM jadi tak suka sebab introducer kejar sangat benda – benda ni. Sampai ke sudah nak order sendiri pun tak reti sibuk dia nak tolong order sebab dia nak kejar apa entah.😂
Last kita stop je.
Ada je MLM yang patuh syariah. Tapi lepas dapat sijil syariah buat benda yang tak patuh.
Dan ada yang tak ada la sijil bagai tapi patuh je syariah.
Jadi kenalah pandai menilai sendiri.
5. Fokus pada manfaat pengguna, bukan agen semata.
Kita jual produk, kalau mahal biar datang dengan kualiti.
Bukan jual mahal sebab nak bagi pengedar keuntungan semata.
Produk tu kena bagus dan upgrade selalu dari semasa ke semasa.
Jangan asal boleh jual semata.
Cukuplah 5 dulu, kalau ramai nak tahu lagi nanti saya sambung lagi ok. 😀
Nfam~ Nor Fazilah Abd Mohd
Pakar sistem stokis dan agen syarikat sendiri
Norfazilah.com