KES STUDY 7
Si pemalu pun mampu berbisnes
Disclaimer :
Dalam kes study yang saya tulis,siapa tidak penting,apa yang penting ialah ambil pengajaran dan mesej dalam cerita untuk dijadikan panduan. Jika baik,ambil,jika tidak abaikan.
Kisahnya..
Si G ni surirumah dan memulakan bisnes dengan niat untuk menambah pendapatan sampingan.
Di awalnya,si G lebih suka memerhati dan tak banyak cakap. Jadi ramai yang tak perasankan kehadirannya. Sifatnya yang pemalu dan kurang keyakinan diri membuatkan dia sukar bergaul dengan yang lain.
Bagaimanapun,kelebihan si G ni dalam diam dia patuh dan rajin belajar. Walaupun perkembangannya tidak selaju orang lain tapi dia konsisten.
Satu lagi rahsia dia ialah memang dia berpegang pada fokus pada satu brand sahaja. Jadi dari segi menguasai tentang produk memang tak ada masalah.
Sehari demi sehari,si G semakin boleh mengatasi perasaan malu yang menebal kerana dalam dirinya ada perasaan untuk berjaya seperti orang lain dan selalu berusaha untuk pecahkan tembok.
Walaupun pemalu dia tak jauhkan diri dari orang lain.
Walaupun pemalu tapi dia tak malu post di FB.
Walaupun pemalu dia tetap usaha buat marketing.
Walaupun pemalu dia hadir program yang dianjurkan.
Akhirnya legasi bisnes si G ni semakin kukuh dan dia dah boleh tersenyum melihat hasilnya sekarang.
Perubahan dirinya pun banyak,dah semakin yakin dan boleh menonjolkan diri.
Satu lagi si G ni jenis buat apa -apa jenis buat bersungguh-sungguh dan selalu berikan servis yang terbaik kepada teamnya.
Apa yang dia dapat sekarang adalah hasil usahanya 5 tahun lepas. Bukan senang nak senang,tapi tiada yang mustahil.Pokoknya keinginan kena kuat disertai dengan usaha.
Jika keinginan sahaja besar tetapi tiada usaha,kita takkan ke mana.
Nak tengok apa nak jadi pada kita lagi beberapa tahun,lihatlah apa yang sedang kita buat sekarang,siapa circle kita,siapa kawan kita,apa yang kita sedang belajar dan siapa guru kita.
Jika semuanya on track,tahniah buat anda.
Tetapi jika anda sedang lost,betulkan kembali sebelum terlambat.
Mat Salleh kata ” Better late than never ”
Orang Melayu kata lain sikit ” Biar lambat asalkan selamat”
Anda akan selamat sebaik anda sedar yang walaupun anda terlambat tetapi anda terus berusaha memperbaiki lompong.
Anda seorang yang pemalu?
Belajarlah dari kisah ini.
Seorang yang pemalu mampu mengubah dirinya jika dia mahu.
Tiada alasan untuk berjaya.
Nfam ~ Nor Fazilah Abd Mohd
Mentor&Leader kepada Stokis dan Agen
Norfazilah.com