Skip to main content

Dalam menguruskan bisnes,saya pun tak lari dari menguruskan hal keluarga dan anak-anak.
Yela,bukan semua kita update dekat fb ni. Kadang bukan tak nak update,tapi tak sempat sebab saya lebih fokus pada kerja-kerja di belakang tabir. Sesekali saya marathon update,dan ada benda memang kita simpan sahaja.
Beberapa bulan lepas apabila Selangor mula PKPB semula,saya melalui saat yang sukar juga apabila buat keputusan untuk menetap di Bentong. Anak tak boleh sekolah, Selangor kena dulu. Balik Pahang, kawan-kawan mereka sekolah.
Selalunya saya berada di Gombak Isnin- Jumaat. Jumaat- Ahad di Bentong. Setiap minggu,kecuali jika saya ada urusan luar kawasan.
Kalau orang tanya duduk mana kadang pening juga nak jawab. Hehe.
Saat yang sukar bagi saya bila sebelum PKPB lagi saya dah berhentikan anak sulung selepas berbincang dengan dia halatuju dia.
Kekalkan dua orang lagi di sekolah itu. Akhirnya selepas beberapa minggu PKPB dan belajar online dari Bentong saya berhentikan juga keduanya.
Puncanya kerana akademik yang dijanjikan ada hanyalah di awal masuk sekolah tahun lepas sahaja. Sejak PKP awal tahun ada sekejap,masuk sekolah dah tak ada. Suka sangat anak saya pergi sekolah sebab menghafal al Quran sahaja,selebihnya banyak mainlah.
Saya tahu,plan sekolah tu sebab kononnya nak fokus hafaz al quran,nanti dah nak SPM baru pecut. Saya pula berpendapat sebaliknya,tambahan anak saya nampak banyak sangat masa mereka.
Kita tak mampu nak ubah organisasi orang,saya undur diri cara baik dan beritahu sebabnya. Alhamdulillah dipermudahkan. Duit deposit pun saya tak minta,biarlah,di saat sukar ini malas nak menekan sekolah tu.
Saya dah survey sekolah yang sesuai untuk mereka,ada rezeki adalah insyaAllah.
Anak nombor 4 pula tempat belajarnya ok,dah nak naik taraf,jadi sekolah yang lebih pada agama untuk murid khas. Anak saya yang ni istimewa,tapi tolong jangan tanya dia pula,saya tak pernah bagitahu dia istimewa,saya layan dia macam biasa je. Huhu.
Kad OKU pun saya tak mohon lagi,serba salah. Dia pun dah macam budak normal sebab saya dah treat dia macam tu. Saya takut dia salah gunakan kad tu atau dia rasa rendah diri atau..entahlah.
Anak nombor 5 saya hantar sekolah pendidikan awal lambat,sekolah pertama fokus mengaji,sekerat jalan dah pindah. Hantar sekolah pendidikan awal kedua,selalu kena buli dan asyik menangis padahal sekolah tu mahal,cikgu lebih kurang pula.
Saya terpaksa cari dia sekolah yang boleh tingkatkan kembali keyakinan diri dia sebab dia jadi seorang yang lemah dan selalu tak yakin.
Alhamdulillah,misi berjaya. Sekolah ketiga sangat bagus dan dari awal saya telah dimaklumkan yang mereka tak fokus akademik.
“ Tak apa puan,saya tahu sekolah ni lebih pada playschool,memang sebab itu saya hantar ke sini “
Alhamdulillah, di sini keyakinan diri dia meningkat dan semakin ceria.
Dalam masa yang sama saya hantar dia tuisyen dekat satu pusat ni untuk dia belajar membaca dan menguasai 2 yang lain iaitu mengira dan menulis.
Baru nak pandai baca,Covid melanda semuanya kena tutup.
Tak sempat nak pandai baca.
Saya pun biarkan sahaja dulu. Nak fokus benda yang lebih penting dan saya biarkan dia banyak bermain dari belajar.
Lepas tu dah boleh balik Gombak,hantar tuisyen kat cikgu lain,dah nak boleh baca, PKPB semula.
Bagi rehat dulu,puas-puas duk kampung,barulah mengadap balik.
Tahun ni banyak sangat perubahan berlaku,dari anak tak ada hp,terpaksa bagi untuk kelas online mereka. Dari berkongsi bagilah seorang satu kononnya bosan nak main game.
Buat masa ni walaupun bagi terkawal jugalah walaupun nampak ada yang dah macam ketagih je.
Tunggulah sekolah buka nanti.
Sekarang ni dah mula kawal mereka dengan jadual semula. Kalau tak hp kena rampas. Solat Subuh jangan tunggu mak kejut,sebab lately si baby ni suka sangat sedar time Subuh nak mengempeng masa tu,so abang kakak kena belajar bangun sendiri.
Kalau ada Hp tapi tak mampu nak bangun Subuh bila dengar alarm,hp kena rampas sehari. Bagi malam pula,tengok esok macam mana,kalau gagal lagi,rampas balik. So far berkesan.
Kita terpaksa terima hakikat,anak zaman sekarang tak dapat lari dari gajet. Apa yang kita boleh buat ialah kawal.
Berapa ramai ibu bapa yang selama ni tak bagi tapi tahun ni terpaksa bagi juga,anak nak belajar online macam mana?
Dugaan buat kita semua kan.
Sejauh mana kita merancang sesuatu,Allah jua perancang yang terbaik.
Sekarang saya guna teknologi untuk panggil mereka,hantar mesej pengajaran,bagi peringatan,nasihat dan kadang membebel. Siap buat group tanya dah solat ke belum.
Cuba guna teknologi untuk kebaikan tapi masih tetap kena kawal.
Kalau saya tertidur awal ,merdekalah mereka berjaga lewat sikit. Yang penting kalau tak solat Subuh,hp kena rampas.
Sejak saya berikan kerja akademik ni,tahanlah sikit. Saya ajar ikut objektif saya sendiri ,tak ikut sangat silibus pun.
Dan kadang dalam kereta pun belajar juga,santai-santai. Contohnya bagi 1 perkataan,suruh mereka buat 5 ayat dari perkataan yang sama. Ini bagus untuk perkembangan bahasa dan tatabahasa mereka.
Saya bukanlah ibu yang terbaik,samalah anak-anak pun,tapi akan terus berusaha untuk berikan yang terbaik yang mampu.
Siapa pun kita,apa pun kemampuan kita,yang penting kita berikan yang terbaik. Usah dibanding-banding.
Semoga anak-anak kita menjadi anak soleh dan solehah yang berjaya dunia akhirat dan mendoakan kita bila kita tiada nanti. Amin
Nfam,
Coretan ibu anak 6

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply