Throwback tulisan semalam 16hb Disember 2020 tapi hari ni baru post.
Asalnya nak tulis bagi pada anak je, tapi lepas tu terfikir nak abadikan di mukabuku sebagai kenangan sebab saya jarang menulis tentang anak sulung ni.
Semalam dah hantar kat dia untuk baca sebab hari lahir dia semalam. Semoga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat, sesungguhnya dugaan sungguh banyak.
+++++++++++++++++++
15 tahun yang lalu,hari yang sama merupakan hari Jumaat dan di kampung saya biasanya petang ada pasar.
Waktu tu tengah mengandung dan bagitahu suami saya teringin nak makan keropok lekor. Kami pun bersiap nak ke pasar selepas Asar.
Tiba-tiba dalam pukul 5pm saya sakit perut. Kuat sangat. Saya pun ke rumah pusaka arwah nenek untuk bertanyakan pada mak dan makcik-makcik saya. Mereka suruh ke hospital.
Lalu saya pun bersiap ke hospital. Kalau ikut tarikh due sepatutnya lambat lagi baby lahir. Dia nak keluar awal agaknya.
Dalam kereta saya pun borak-boraklah sambil menahan sakit. Suami tanya betul ke sakit ni. Alahai,takkanlah kita nak meraung pula. Kita borak-borak sebab tak nak fikirkan sakit tu.
Sampai hospital dalam pukul 6.30 pm,kena daftar dan check jalan bukaan dah berapa cm. Dah 6cm rupanya. Sempat lagi makan nasi goreng masa tu sebab lapar sangat. Sambil menahan sakit.
Tiba-tiba sakit makin kuat,misi suruh ke labour room. Suami tak boleh masuk sebab katanya tengah renovate,sedihnya. Dahlah anak sulung.
Duduklah seorang diri kat labour room. Misi datang pun sekejap-sekejap dan borak sesama mereka. Bila tak tahan sangat sakit panggil misi pegang tangan dia. Misi pujuk suruh berzikir dan berselawat.
Lepas tu menahanlah sakit seorang diri dalam tu.
Tiba-tiba rasa sakit sangat,menjeritlah masa tu. Misi pun kelam kabut datang dan menjerit panggil misi yang lain,dah nampak kepala kata mereka.
Lebih kurang 9.50pm,lahirlah anak sulung lelaki yang pertama dengan selamatnya. Misi cakap dia lahir je mata dia tengok sana sini.Cerdik misi kata.
Perjuangan masih belum berakhir,kena tahan sakit pula kena jahit banyak sebab mungkin salah teknik masa melahirkan.
Malam tu suami tunggu dengan mak saya sekali. Mereka dekat tingkap tanya bila saya dah masuk wad dengan baby.
Saya bagitahu “anak lelaki “
Seronok mereka tapi hanya ayahnya boleh masuk untuk azankan.
Selepas 2 hari dah boleh balik dan bermulalah kena berpantang. Masa dalam pantang kena pula rengat,sakit macam nak mati. Rasa sakit bersalin tapi lagi lama. Sabar je lah menghadapi semuanya.
Orang kata seorang ibu ni bertarung nyawa bila melahirkan. Memang itulah yang saya rasa,macam nak mati sakitnya tu.
Kita cuma nak melihat anak itu lahir sihat dan membesar dengan baik.
Pengorbanan seorang ibu melahirkan memang tak mampu nak dibalas.
Tapi seorang ibu itu cuma nak melihat anaknya menjadi manusia berguna dan berjaya dunia akhirat.
Disebabkan anak sulung,memang manjalah dibuatnya. Sebab dulu kita hidup susah,jadi naklah bagi sikit kesenangan kepada anak. Tak tahulah tindakan tu menjadikan anak manja atau tak boleh hidup berdikari,tapi semuanya kita buat untuk kebahagiaan mereka.
Selamat menyambut hari lahir yang ke 15 Syahmie.
Apa yang penting adalah ingatan dan doa.
Mak cuma berharap Syahmie boleh jadi contoh yang baik kepada adik-adik, jauhkan diri dari kawan-kawan yang tak baik dan perbuatan yang sia-sia.
Di usia macam ni,fokuslah untuk belajar rajin-rajin,buat semampu yang boleh. Kalau dah usaha tapi tak berjaya tak apa,Syahmie boleh masuk mana-mana tempat untuk belajar kemahiran,tapi syarat mereka kena ada SPM. Sebab tu mak suruh ambil SPM.
Kalau nak belajar pondok,pun mak bagi,tapi kena fokus pada pondok betul-betul. Biar boleh sebarkan agama Allah di muka bumi. Besar pahalanya.
Pilihan di tangan Mie sekarang.
Mak dengan wapa tak pernah paksa pun. Mak dengan wapa tunjukkan jalan je. Tapi bila pilihan tu salah barulah akan tegur.
Membesarlah jadi anak yang baik. Zaman remaja ni mencabar,lalui dengan tenang.
Solat awal waktu dan berdoa minta dengan Allah. Jangan solat sekadar solat,cuba kusyukkan diri dan solat tanpa disuruh.
Buat orang hormat kita,jadi kenalah urus diri dengan baik.
Jaga kebersihan diri,dan jaga perangai.
Adab tu penting Mie. Jaga adab dengan semua orang.
Wapa orang yang paling suka masa Mie lahir dan sayang sangat dengan Mie. Sebab tu dia letak harapan tinggi kat Mie. Sebab tu Mie selalu kena marah sebab dia nak Mie jadi abang yang terbaik. Kena ambil teguran dia secara positif.
Mak harap dengan pertambahan usia ke 15 tahun Mie betul-betul jadi anak yang baik.
Kalau tak mampu jadi doktor,jadi guru,jadi ustaz atau apa jua jawatan, jadilah manusia yang membanggakan ibu bapa dengan adab dan akhlak yang baik. Itupun dah memadai.
Selamat hari lahir Syahmie,yang ke 15.
Semoga dipermudahkan segala urusan,dapat apa yang nak dan berjaya dunia akhirat❤️
Ikhlas dari,
Mak
16hb Disember 2020