Dia adalah tonggak saya.Hari ini hari dia.Hari dia dilahirkan 35 tahun yang lalu.

Dia tak pernah bagi saya sambut hari lahir dia.Dan saya selalu tak berpeluang belikan hadiah harijadi untuk dia sebab masa kami banyak dihabiskan bersama macam belangkas.
Pernah la beberapa kali saja saya berpeluang berikan hadiah buatnya.
Tapi dia tak kisah pun.Dulu saya ingat dapat suami romantik yang suka bagi bunga,bagi ayat-ayat indah,tapi dia tak begitu.
Dulu saya merungut juga,lama-lama saya dah tak kisah.Sebab dia tak suka jadi orang lain.
Dan saya semakin sedar, dapat suami yang sangat rajin membantu saya menguruskan rumahtangga dan bisnes jauh lebih baik dari romantik tu semua.Kalau romantik tapi menyakitkan hati sebab pemalas nak buat apa kan.
Jadi saya rancang surprised birthday untuk en suami saya yang tak suka sambut birthday ni sebab kebetulan jatuh hari yang dipilih geng Sabah untuk perjumpaan.
Dia kaku dan kekok.
Tapi saya nampak dia happy walaupun malu-malu.
Dia cakap kali pertama dia dapat bunga.

Oh,saya pun lupa yang saya pun dah jadi macam dia,tak main bunga-bunga,lupa harijadi sendiri,lupa harijadi anak malah harijadi dia pun saya pernah lupa.

Hari yang sangat bermakna buat dia dan saya juga.
Yang pastinya peluang ini saya hanya dapat selepas 12 tahun berkahwin dan tak tahu bila pula ianya akan berulang.
Pada saya kebahagiaan bukan pada kata-kata semata,tapi perbuatan.
Kadang kita tak perlukan ucapan pun,cukuplah kita tahu kita disayangi kan?
Buat en suami saya Mohd Selodi Md Ghazali yang tak suka menonjol tapi banyak sokong saya dari belakang dan bantu uruskan company,semoga dirimu sentiasa diberkati,dirahmati Allah,dipermudahkan rezeki dan urusan dunia akhirat.
Semoga semua pengorbananmu berbaloi.
Amin
#HappyBirthday2U