Skip to main content
Kisah Inspirasi

Diskriminasi kanak-kanak

DISKRIMINASI KANAK-KANAK

Kenapa ye,sesetengah gerai/kedai makan/restoran kalau yang order tu kanak-kanak,walaupun dia sampai awal dan tempah dulu,tapi dia buat untuk orang dewasa yang datang kemudian.

Dah banyak kali anak mengadu,serabut pulak rasa kadang.Saya memang bagitahu kat anak,boikot je kedai macam tu.Tapi boikot sekejap,lepas tu pergi.Dah nama budak kan.

Orang dewasa yang uruskan bisnes makanan tu,sila letak otak anda kembali di kepala , bukan lutut,pelanggan adalah pelanggan tak kira umur dia berapa.Orang dewasa bayar berapa,banyak tu juga yang kanak-kanak bayar,bukan dapat murah pun.

Anda dah wujudkan persepsi yang tak bagus pada anak kecil.Tadi anak saya berhajat belikan nasi * untuk saya.Dia cakap orang kedai tu layan orang lain yang sampai kemudian,seorang demi seorang sampai dia menunggu lama.Lalu dia pun beredar dan pergi kedai lain.

Saya kata pada dia “bagus,good boy.Lain kali jangan beli dah kat dia.Jangan support peniaga yang diskriminasi kanak-kanak dan jenis dahulukan orang lain walaupun kita sampai dulu (kalau tak sengaja boleh dimaafkan,kalau yang disengajakan,say good bye je)

Sekian kisah diskriminasi kanak-kanak.Serius eh baca.Hehe

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply