Doakan salah seorang pengedar Asmak, Pn Lidia Masile, warga KKM dari Sandakan supaya sembuh.
Positif Covid-19. 😓
Alhamdulillah ahli keluarga semua negatif. Kasihan mereka kena buat swab test yang menyakitkan tu.
Selain beliau, seorang doktor dan beberapa orang rakan yang lain positif Covid-19.
Baru lepas swab lagi selepas kuarantin, tengah tunggu keputusan. Semoga negatif hendaknya.
Mereka frontliner yang banyak berkorban dan sanggup mempertaruhkan nyawa demi untuk masyarakat. Kerja yang berisiko begini bukan semua orang mampu berhadapan. Semoga dipermudahkan segala urusan para frontliner.
Harap Sabah akan menunjukkan penurunan yang banyak dan frontliner tabah hadapi semua ini. Saham akhirat yang tak ternilai harganya.
Doakan Pn Lidia, rakan-rakan dan semua yang masih positif supaya negatif dan cepat sihat.
Semoga ada doa kalian yang makbul. Amin.